Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti merancang untuk mengadakan satu majlis yang indah supaya dapat diabadikan sebagai kenangan seumur hidup. Tetapi kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.
Ungkapan ini sesuai buat pasangan raja sehari Fatheen dan Amer yang tidak dapat menghadiri ke majlis resepsi perkahwinan mereka walaupun segala persiapan telah dibuat.
Pengantin tak dapat datang majlis bersanding
Menerusi Twitter, Mira berkongsi tentang pasangan raja sehari yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka sendiri kerana pengantin lelaki dimasukkan ke hospital pada pagi majlis tersebut.
‘Thank you for tweeting this’
Pengantin perempuan, Fatheen yang menyedari tweet tersebut mengucapkan terima kasih kepada Mira kerana sudi berkongsi kisah tentang perkahwinannya dan atas doa yang dikirimkan.
Sempat nikah je
Tambah Fatheen lagi, suaminya dimasukkan ke hospital kerana pain attack selepas menjalani operation. Oleh sebab itu, mereka berdua tidak dapat hadir pada majlis tersebut kemudian digantikan oleh ibu bapa pengantin perempuan.
Reception day dalam hospital
Rakan-rakan juga turut hadir ke hospital untuk melawat serta meraikan hari perkahwinan pasangan ini. Perkongsian ini telah mendapat 2, 200 retweet dan 2, 700 likes oleh warganet.