Kisah 4 beranak ini yang sanggup menaiki motor dari Sepang ke Penang sememangnya menyentuh hati rakyat Malaysia.
Walau pada mulanya lelaki tabah yang memiliki 3 orang anak ini menolak pemberian kereta Iswara tersebut, namun demi mengenangkan keselamatan anak-anaknya, dia akhirnya menerima pemberian tersebut.
“Saya menganggap kereta ini sebagai pinjaman dan berjanji kepada pemiliknya akan menggunakannya sebaik mungkin.
Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya.”
Lelaki bertopi merah memberikan kereta Iswaranya kepada Ahmad Reza
Dalam pertemuan itu, wartawan dan peniaga yang enggan dikenali terpaksa mengambil masa selama hampir dua jam untuk memujuk Ahmad Reza supaya menerima kereta terbabit.
“Saya sama sekali tidak menyangka ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib kami sehingga sanggup ‘meminjamkan’ saya kereta demi keselamatan anak-anak.
Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kami empat beranak dan saya harap saya tidak dipandang serong kerana bukanlah niat saya untuk mendapat perhatian sehingga ke tahap ini.”
Sumber: Metro