Pelakon Lim Mei Fen menyifatkan Fattah Amin seorang aktor yang sangat profesional ketika di set penggambaran.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Minta Netizen Jangan Masuk Campur Isu Perceraian Fattah & Fazura – ‘Hanya Mereka Yang Tahu Masalah Dalaman’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Jalani Penggambaran Bersama, Tidak Sekali Pun Saya Nampak Fattah Gatal Atau Cerita Hal Wanita’ – Pekin Ibrahim
Artikel Berkaitan: ‘Terus Melangkah Ke Hadapan & Semoga Urusan You Abdul Fattah Amin Dipermudahkan’ – Sherry Ibrahim
Jaga jarak & batas
Menurut Mei Fen di aplikasi X, Fattah seorang pelakon lelaki yang pandai menjaga jarak dan batas apabila bergandingan dengan pelakon wanita. Tambah Mei Fen, Fattah akan berehat di dalam kereta sekiranya tidak mempunyai babak di lokasi penggambaran.
Wei Patah Amin, get well soon ya! Dia ni kalau tak ada scene dia, dia akan rehat dalam kereta hitam dia. On set, dia profesional, jaga jarak dan jaga batas. Semoga Allah permudahkan urusan kamu. Take care.
Sebagai rakan dalam industri, Mei Fen berharap segala urusan Fattah dipermudahkan.
Sah cerai
Semalam, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Lim Mei Fen