berita

Lima Pemotong Rumput Thailand Maut Dilanggar Pemandu Malaysia

August 14th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Nasib malang menimpa enam orang warga Thailand selepas dirempuh seorang pelancong Malaysia. Kejadian yang berlaku di daerah Rattaphum pada petang Selasa itu mengakibatkan lima pekerja pemotong rumput terbunuh, manakala seorang lagi cedera parah.

Menerusi Bangkok Post, kemalangan maut itu berlaku sekitar pukul 3 petang di Lebuhraya Asia di tambatan Khuhatai dan mangsa kebanyakkan merupakan warga emas yang sedang bekerja.

Dalam perjalanan ke Hatyai

Ketika polis berada di tempat kejadian, sebuah kereta Proton hitam dengan plat lesen Malaysia didapati terjatuh ke dalam parit.

Siasatan mendapati mereka di dalam perjalanan dari Krabi menuju ke Hat Yai. Kereta berkenaan dipandu wanita berusia 31 tahun dari Kelantan dan dinaiki dua penumpang wanita lain, juga rakyat Malaysia. Ketiga-tiga mereka dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Menurut Ketua Penyiasat Balai Polis Rattaphum Thewa Daoruang, mangsa yang maut dikenali sebagai Chaikaew, Witchaya Thongma, Somporn Sawatdiraksa, Theerawut Mongkhol, dan Wirat Semkhai, manakala Bamreur Ketmoon dilaporkan parah.

8 orang potong rumput

Hasil siasatan mendapati pemandu itu melanggar sesuatu mengakibatkan kenderaan dipandu hilang kawalan lalu merempuh kumpulan pekerja terbabit. Kejadian itu juga sudah dilaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Songkhla.

Pihak mereka juga telah memaklumkan kepada konsultan di kedutaan Malaysia di Songkla mengenai kemalangan itu. Ketua daerah Rattaphum yang dikenali sebagai Cik Pimthada Chansuriya telah memeriksa tempat kejadian dan mengarahkan agensi berkenaan untuk menjaga keluarga mangsa yang mati dan pekerja yang cedera.

Dia kemudian pergi ke balai polis untuk membuat siasatan polis. Menurut Ngamphon Buaphud, pemandu stesen lebuhraya Kamphaeng Phet, lapan pekerja telah memotong rumput sepanjang jalan sebelum kemalangan itu.

Enam daripadanya kemudian berehat di tepi parit berdekatan jalan raya ketika kereta itu merempuh mereka.

Sumber : Bangkok Post

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×