berita

Upload Gambar Jururawat Di Instagram, Linda Rafar Dituntut Mohon Maaf & Gantirugi Fitnah

January 3rd, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Tidak berpuas hati dengan layanan buruk yang diberikan sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam, Linda Rafar menerusi laman Instagram telah meluahkan rasa kesal.

Artikel berkaitan : ‘Saya Hanya Merayu Tukar Cadar’ – Viralkan Jururawat Biadap, Ini Nasihat Doktor Kepada Linda Rafar

Berikutan itu, Delegasi Jururawat Malaysia (DON) telah mengumpul dana untuk membantu seorang jururawat memfailkan saman selepas didakwa telah menjadi mangsa fitnah Linda Rafar.

Tuntutan permohonan maaf dan gantirugi

PERKEMBANGAN KES TUNTUTAN MAHKAMAH

Pada hari ini, 2 Januari 2019, pihak kami melalui peguam telah menghantar notis tuntutan mahkamah kepada selebriti berkenaan menerusi dua kaedah, secara pemberian tangan dan secara hantaran ‘avis de réception’ (AR registered post) mewakili jururawat yang difitnah dalam kes tersebut.

Antara isi notis adalah tuntutan permohonan maaf dan gantirugi yang perlu dilaksanakan beliau dalam masa 7 hari. Seandainya gagal, akan dilanjutkan menerusi prosiding mahkamah.

Sekali lagi ingin kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma dan penyokong yang sudi membantu kami mengemukakan tindakan perundangan kepada pihak yang terlibat. Kami berharap insiden ini mampu dijadikan tauladan supaya tiada lagi kes buli siber disebarkan melalui mana-mana platform media sosial dan internet.

Kami sekali mengingatkan bahawa tindakan perundangan ini tidak sama sekali menganggu siasatan dalaman pihak hospital. Ini adalah kerana kes ini tidak berkaitan dengan kejadian yang tular di hospital yang terlibat akan tetapi lebih kepada hantaran viral di Instagram milik selebriti itu sendiri.

Untuk makluman, jumlah dana yang kami terima sudahpun mencapai tahap yang diperlukan untuk memulakan tindakan perundangan. Akan tetapi, tabung dana perundangan Delegation of Nurses (DON) masih lagi dibuka untuk mereka yang masih sudi memberi sumbangan.

Kami kongsi sedikit potongan notis sebagai bukti prosedur sedang dijalankan. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi wakil guaman kami. Sekian, terima kasih.

Delegation of Nurses 
Educate – Promote – Protect

Menerusi status yang dimuatnaik laman Delegation of Nurses , notis permohonan maaf dan tuntutan ganti rugi telah dibuat kepada Linda Rafar menerusi dua kaedah iaitu secara pemberian tangan dan secara hantaran ‘avis de réception’ (AR registered post).

Jika dalam masa tujuh hari tiada permohonan maaf dibuat, pihaknya akan meneruskan dengan prosiding mahkamah.

Sumber : Astro Awani , Delegation of Nurses

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×