berita

‘Hanya Pertahankan Hak Ibu’ – Imej & Reputasi Tercalar, Linda Rafar Mahu Saman 100 Netizen

January 29th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Selebriti tanah air, Linda Rafar bersama peguam hari ini membuat sidang media menjelaskan isu fitnah yang membabitkan namanya.

Linda yang diwakili peguam memberitahu akan memfailkan saman sivil selepas imej dan reputasi beliau sebagai selebriti serta keluarganya tercalar.

Sidang media Linda Rafar

Di dalam kenyataan media, Nurul Hafidzah & Associates, Peguambela & Peguamcara mengesahkan bahawa anak guam mereka, selebriti Linda Rafar hanya menerima notis tuntutan yang bertarikh 2 Januari 2019 dari seorang jururawat pada 8 Januari 2019 dan pihak guaman hanya memberikan kenyataan balas pada 11 Januari 2019.

Menurut firma tersebut, anak guam mereka akan turut mempertimbangkan untuk memfailkan saman kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjatuhkan imej dan reputasi beliau dan keluarga, akibat penghinaan yang berterusan.

Fail saman kepada lebih 100 netizen

Antara lain, Linda Rafar memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang memburukkan diri dan keluarganya. Dia turut menuntut mereka membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kami sudah mengenal pasti individu terbabit berdasarkan komen keterlaluan mereka. Buat masa sekarang, kami masih dalam proses mengumpul butiran lanjut mereka. Selepas itu, baru notis akan dihantar.

Saya nak mereka buat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas notis diterima. Jika tidak berjawab, tindakan saman bakal diambil.

Apa yang dibuat ini adalah untuk memberi pengajaran kepada semua pengguna laman sosial supaya tidak sewenang-wenangnya menulis komen yang berbaur fitnah dan mengaibkan. Jangan sesuka hati nak buli orang lain di laman sosial.

Saya hanya pertahankan hak ibu

Kata Linda lagi, selepas mengambil kira banyak perkara, tindakan saman ini terpaksa diambil.

Sebelum mak meninggal, kalau boleh mereka nak saya selesaikan cara baik dengan mengalah dan minta maaf. Ketika itu pun, saya tak terlintas nak sampai tahap ini.

Tetapi, selepas mak meninggal 11 Januari lalu, perkara ini tak berhenti sebaliknya semakin teruk. Mereka kata sampai bila nak pijak keluarga kami. Atas nasihat peguam dan selepas mengambil kira banyak perkara, saya teruskan notis tuntutan ini.

Saya tak pernah berasa menyesal dengan apa dibuat. Saya hanya mempertahankan hak ibu. Lagi pula, ini bukan untuk kepentingan saya seorang tetapi orang lain juga yang pernah mengalami nasib sama.

Nurul Hafidzah Hassan juga merupakan ketua peguam bagi kes ini mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaikan mahupun spekulasi sehingga mahkamah memberikan keputusan kes.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×