berita

Lirik Melekat Dalam Kepala, Lagu Baru ‘Zombi Pening’ Didi & Friends Tarik Perhatian. Best!

November 3rd, 2020 | by Shafika
Video Popular

Kalau sebelum ini lagu ‘Mengantuknya Mumia’ dan Laparnya Mumia’ dari kartun siri animasi Didi & Friends pernah menjadi trending di Youtube menjadi fenomena luar biasa. Malah lagu mereka sering menjadi ikutan kanak-kanak sehingga mendapat tontonan tinggi di Youtube.

Artikel Berkaitan :Lebih 270K Tontonan Tak Sampai Sehari, Lagu ‘Laparnya Mumia’ Sekali Lagi Cetus Fenomena

Terbaru, sekali lagi animasi tersebut muncul dengan lagu baru ‘Adoi Doi Zombi’ telah ditonton lebih 100k sejak dilancarkan semalam. Menarik betul lagu zombi sakit kepala ini, patutlah budak-budak suka!

Lagu Zombi

Lagu ini berkisar mengenai Zombi yang pening kerana bermain game dan tengok tv sehingga lewat malam. Selain berhibur, lagu terbaru ini turut menyampaikan mesej tersendiri iaitu menggalakkan kanak-kanak supaya tidur awal bagi mendapatkan rehat yang secukupnya. Siapa tidur lambat, nanti jadi macam zombi yang asyik pening kepala!. Memang comel betul, tak hairanlah kalau lepas ini anak-anak kecil dah mula nak tidur awal. Yelah takut jadi zombi. Memang terbaik produksi Didi & Friends!

Saidina Abu Bakar

Dalam pada itu, animasi islamik Omar & Hana tak kurang juga mempunyai peminatnya sendiri dengan mempunyai 3.85 juta subscriber di Youtube. Kebanyakan kandungan video mereka mempunyai unsur-unsur Islamik secara santai, jadi tidak hairanlah kalau animasi ini sering menjadi pilihan ibu bapa.

Lagu terbarunya yang berkisar sahabat Nabi Muhammad SAW, Saidina Abu Bakar catat lebih 2 juta tontonan sejak 16 Oktober lalu. Pelancaran video tersebut sempena Sambutan Maulidur Rasul pada minggu lepas. Siap karakter karakter boleh ‘rap’ lagi macam MK Clique. Fuh, mesti kanak-kanak suka!

Sumber : Youtube

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×