berita

Live In Levi’s : Dato’ Sheila Majid Kongsi Momen Indah Dengan Denim Istimewa

August 7th, 2014 | by Noraniza
Make-It-Senang

Screen Shot 2014-08-07 at 2.36.20 PM

Saya pasti anda semua sudah memiliki sekurang-kurangnya sehelai denim daripada jenama Levi’s bukan? Kalau anda nak tahu, Levi’s sebenarnya sudah mula bertapak dalam perniagaan denim semenjak 140 tahun yang lalu tau! Jadi tak hairanlah jika jenama ini dianggap all time favourite oleh ramai pengguna denim.

Tak terkecuali, personaliti yang tak dimamah dek usia, Dato’ Sheila Majid juga dikatakan bakal menyingkap kisah-kisah Levi’s dirinya menerusi kempen “Live in Levi’s”.

Antara personaliti lain yang turut terlibat dalam kempen tersebut termasuklah penggiat sosial, Datin Paduka Marina Mahathir dan pengusaha filem, Ineza Roussile.

Screen Shot 2014-08-07 at 2.38.03 PM

Antara personaliti yang terlibat dengan kempen “Live in Levi’s”

Malah, beberapa kumpulan rock indie seperti Kyoto Protocol dan Oh Chentaku adalah antara personaliti-personaliti yang akan turut serta berkongsi jeans vintaj peribadi mereka untuk dipamerkan di kedai-kedai Levi’s terpilih. Wah. Macam meriah je kan?

Tapi, jangan lupa untuk menghadiri acara kemuncak majlis sambutan “Live in Levi’s” yang akan diadakan di Ruang Legar KLCC pada 10 September 2014.

Khabarnya, ada bermacam jenis aktiviti yang melibatkan personaliti akan diadakan semasa acara gilang-gemilang itu. Ha.. rasa macam tak sabar pula kan? Jadi, cepat-cepat tandakan tarikh tersebut di kalendar peribadi anda ya! Jumpa di sana!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×