Penyanyi dan pelakon, Liyana Jasmay terkejut apabila membuat ujian saringan kesihatan dan mendapati tahap kolesterol di dalam badannya sangat tinggi.
Artikel berkaitan: Liyana Jasmay Tegur Peniaga Kantin, Dakwa Berlaku Kes Keracunan Makanan Di Sekolah Anak – ‘Jangan Hanya Fikirkan Duit’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Zain Saidin Selar Netizen ‘Face Shaming’ Liyana Jasmay – ‘Satu Hari Nanti Awak Akan Reput & Berkedut’
Bacaan kolesterol tinggi
Menerusi hantaran di Instagram Story, Liyana akui sangat takut kerana di usia 36 tahun tahap kolesterolnya sudah berada di tahap yang sangat tinggi.
Saya baru lepas habis sebuah program di IJN (Institut Jantung Negara) dan saya buat ujian saringan kesihatan. Saya sangat terkejut dengan kolesterol saya.
Tahap gula saya okey cuma kolesterol saya 5.92. Bacaan kolesterol adalah sangat tinggi. Saya sangat takut sekarang.
Saya perlu berhenti makan daging dan sebagainya. Kalau saya dapat lebih dari 6.12 adalah sangat teruk dan tinggi untuk umur saya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Cinta Bersatu ini menyangka dia mengamalkan cara pemakanan sihat dan berpesan kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan kesihatan mereka.
Saya ingat saya makan secara sihat, tapi rupanya kolesterol saya tinggi. Tolong buat pemeriksaan kesihatan.
Sekadar info, bacaan kolesterol normal adalah 125–200 mg/dL bagi yang berusia 20-an keatas.
Sumber: Instagram