Penyanyi Liza Hanim mendedahkan dia dan suami, Shahrin Samsudin ada menasihati Allahyarham Bad Indigo untuk melakukan rawatan jantung.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jenazah Bad Indigo Selamat Dikebumikan
Artikel Berkaitan: Ashira Aziz Menggigil & Hilang Kata Tahu Bad Indigo Meninggal – ‘Kami Dah Lama Tak Hubungi Selepas Cerai’
Enggan usik duit KWSP
Ketika ditemui OhBulan!, Liza berkata arwah bagaimanapun enggan melakukan rawatan tersebut meskipun mempunyai wang simpanan dalam akaun KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Kerja).
Menurut Liza, arwah enggan menggunakan wang tersebut kerana mahu menyimpan untuk masa depan anak-anaknya.
Pertama kali dia jatuh sakit waktu itu kami di pejabat, dia nampak lemah sangat ketika itu. Tapi badan masih semangat lagi, kemudian suruh dia baring sebelum di bawa ke hospital.
Bila dekat hospital tu baru tahu yang sebenarnya dia ada masalah jantung.
Saya dan suami ada menasihati dia untuk buat Stend jantung, tapi dia kata dia tak mahu buat. Dia nak simpan duit KWSP untuk anak-anak, dia tidak mahu usik duit itu.
Liza berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, pada Jumaat.
Dalam masa sama, pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu berkata dia akan sentiasa mengingati kenangan bersama arwah dalam hatinya.
Hidup perlu diteruskan, arwah tetap ada dalam hati saya dan suami. Kami yang hidup semua kena kuat.
Selama mana saya kenal dengan suami saya, selama itu saya kenal dengan arwah. Arwah pun bekerja dengan syarikat saya selama 10 tahun lebih. Saya tahu yang dia sakit.
Semalam, Allahyarham Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah dilaporkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang kira-kira jam 7 malam.
Sekadar info, Bad bergelar bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 14, dan Rania, 13.