Penyanyi Liza Hanim akui terkilan dengan komen seorang pengguna media sosial yang mengutuk rupa parasnya serta mempertikaikan kualiti suara yang dimiliki.
Artikel Berkaitan: GV10: Jihan Kembali Bergabung Dengan Nabil & Elly Mazlein! Ezad Lazim, Zamani Antara 6 Peserta ‘Hot Seat’
Artikel Berkaitan: ‘Kena Sesuai Dengan Usia’ – Liza Hanim Syukur Masih Mampu Bernyanyi
‘Muka berlubang, hidung kembang’
Menerusi perkongsian di Instagram, Liza berkata adakah seseorang penyanyi itu harus memiliki wajah yang cantik untuk berjaya dalam industri tempatan dan antarabangsa.
Bagaimanapun Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abd Halim berkata dia bersyukur dengan wajah yang dikurniakan dan bakat yang dipinjamkan Allah kepadanya selama ini.
Bukan sentap, bukan. Tetapi saya perlu bercakap. Kenapa orang tak cantik memang tak boleh menang apa-apa ke di Malaysia atau antarbangsa? Orang yang tak putih, hidung tak mancung memang tak boleh ke berjaya di Malaysia ni?
Ya betul saya sedar dan saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah SWT telah kurniakan pada saya. As long as im happy with my family saya tak kisah la semua cantik buruk ke, ni bagi standard manusia.
Allah kurniakan bakat untuk saya boleh menyanyi tapi saya tak ada rupa paras yang mana semua mahukan putih cantik gebu mancung semua tu tapi saya tetap bersyukur.
Tergamak nak bagi komen macam ni, berkali-kali pulak tu, why? Motif? Kekadang bahasa kata tu lagi penting dari rupa paras tau.
Dalam hantaran sama, Liza berkata dia tidak goyang dengan cacian yang dilemparkan individu terbabit dan menyifatkan tindakan tersebut seperti tidak bertimbang rasa.
Saya tak goyang dengan cacian kutukan kritikan sesiapa, tapi budaya sekarang agak melampau. Kekadang saya tertanya juga rupa orang yang tulis ni macam mana la agaknya?
Ini adalah tahun ke-26 saya dalam industri, pelbagai dah yang saya lalui dan hadapi, jadi benda kutukan secara halus ni tak goyangkan saya tapi saya sedih, awak tidak bertimbang rasa, tak sensitif.
Sementara itu, pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu berharap mana-mana rakan selebriti yang pernah berdepan nasib sama untuk bangkit dan teruskan minat mereka.
Posting ni untuk semua yang pernah kena kutukan macam saya untuk kita bangkit. stay strong dan teruskan buat apa yang menggembirakan anda serta keluarga. Kami sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas segala kurnianya.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial meninggalkan komen pada satu berita berkaitan Liza dengan berkata penyanyi itu tidak memiliki wajah yang cantik dan hidung yang sedikit kembang.
Dakwa individu itu lagi, disebabkan ‘kekurangan’ tersebut menyebabkan Liza sedikit tenggelam berbanding penyanyi lain meskipun mempunyai suara yang hebat.
Sumber: Instagram