Penyanyi rap terkenal iaitu Loca B meluahkan rasa terkilan kerana usaha kerasnya selama ini untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia buat anak lelakinya, Yusuf tidak berhasil.
‘Saya mahu dia bersama saya’
Loca B atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali meluahkan rasa kecewanya menerusi satu video berdurasi 2:47 saat yang dimuat naik di Instagram. Jelas wanita berusia 29 tahun ini, dia dalam perjalanan ke Pesuruhjaya Sumpah untuk menguruskan hal kewarganegaraan anak lelakinya. Dakwanya lagi, urusan ini sudah lama tertangguh hampir dua tahun kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lepas berusia 7 tahun nanti hampir mustahil untuk dia mendapatkan kerakyatan. Yusuf akan berusia 6 tahun pada tahun hadapan dan saya risau dengan masa depan dia di negara ini. Saya cuma mahu dia bersama dengan saya, ia tidak sepatutnya sesukar ini untuk anak saya tinggal dengan saya di negara ini.
Dakwa Loca B, anak lelakinya, Yusuf sepatutnya mendapat kerakyatan sebaik sahaja dia dilahirkan. Malah Loca B juga mendakwa sepatutnya dia mendapat hak untuk memindahkan kerakyatannya kepada Yusuf.
Tak kisah dengan siapa saya berkahwin atau dengan siapa saya bersama. Kalau lelaki boleh direct kenapa wanita tidak boleh? Kita tinggal di negara yang kerajaannya mendiskriminasi wanita. Kerajaan okey untuk menerima rayuan, untuk menidakkan hak saya sebagai wanita di negara saya.
Apa yang dia boleh buat kalau dia ada dua kewarganegaraan pun sekarang sebab dia ada hak untuk memilih apabila sudah dewasa kelak.
‘Kenapa bapa je boleh bagi?’
Sementara itu, Loca B juga meminta pihak atasan supaya memikirkan golongan ibu yang berdepan nasib yang sama seperti dirinya. Hal ini kerana, kadar bayaran visa bukanlah murah dan ianya memerlukan kos yang sangat tinggi.
Ingat murah ke nak buat visa, kalau terlepas kena bayar RM700 tahu tak? Dulu aku tak ada duit, sakit! Tiap-tiap tahun nak renew kena bayar RM150, masih duit dan masa. Kalau kau warganegara Malaysia bagilah, kenapa bapa je boleh bagi?
Tambah Loca B, visa Yusuf akan luput dalam masa terdekat ini ekoran operasi pejabat imigresen yang tidak membenarkan sebarang temujanji kerana pandemik Covid-19. Oleh itu, untuk memperbaharui visa tersebut, Loca B perlu mendapatkan hak penjagaan anak menerusi prosedur mahkamah. Lebih mengecewakan apabila tarikh perbicaraan juga ditangguhkan dari bulan Jun ke bulan Disember.
So it means, I cannot renew my son’s visa sampai dapat surat hak penjagaan anak.
Difahamkan, Yusuf Alexender yang berusia 5 tahun merupakan anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Loca B bersama bekas suaminya yang bukan merupakan warganegara Malaysia.
Pada Oktober lalu, Loca B telah mendirikan rumah tangga bersama anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Bintang Aiko.
Video penuh
View this post on Instagram
Sumber: Loca B