berita

‘Lock Keris Dato’ – Ramai Bida Perhiasan Rumah Ketika Live, Ini Respon ‘Pak Long’

October 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, rekaan baju batik yang dipakai oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepanjang sidang media Menteri Keselamatan Negara (MKN) telah menjadi bualan hangat di media sosial.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila perhiasan di rumah beliau telah mencuri tumpuan netizen.

‘Pinjam keris jap’

Seperti yang kita umum tahu, Datuk Seri Ismail Sabri kini sedang menjalankan kuarantin kendiri di kediamannya. Oleh hal yang demikian, beliau membuat keputusan untuk mengadakan sidang media harian MKN menerusi Facebook live.

Tetapi apa yang menariknya, ketika sidang media berlangsung, netizen mula tertumpu dengan perhiasan-perhiasan yang tersusun kemas di atas satu rak di rumah beliau. Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Saiful Rodzali memaparkan beberapa screenshot komen lucu yang ditinggalkan oleh netizen ketika sidang media tersebut.

Macam ‘live bundle’ pula

Bukan itu sahaja, mereka turut ‘mengusik’ Datuk Seri Ismail Sabri dengan ‘membida’ barangan seperti helmet, keris kayu, bola dan beberapa perhiasan yang lain. Paling melucukan apabila mereka turut meletakkan harga sendiri. Dah macam menonton ‘live bundle’ pula!

Adehh dibantainya buat macam live bundle semua pakat dk lock. Rakyat Malaysia jarang tak kelakar.

Bukar sekadar perhiasan, ada juga yang ingin membeli baju yang dipakainya pada sidang media semalam (13 Oktober 2020). Mereka memuji rekaan baju tersebut yang kelihatan unik dan berbeza dengan rekaan kemeja yang dipakainya sebelum ini.

Respon Datuk Seri Ismail Sabri

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi satu posting di Facebook memaklumkan bahawa dia ada membaca komen-komen netizen dan tahu sebenarnya amai yang ‘berkenan’ dengan perhiasan dan baju kotak-kotak tersebut.

Pak Long terbaca juga komen-komen kalian selepas sidang media perkembangan COVID-19 (Non-Health) tadi. Ramai juga ya yang nak bida baju Pak Long dan barang perhiasan di belakang seperti helmet, bola, tengkolok dan sebagainya. Apa-apa pun terima kasih dan #staysafe semua

Dalam kesempatan itu, beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial. Hal ini dapat membantu mengurangkan penularan wabak Covid-19.

Sumber: Saiful Rodzali, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

SKIP THIS AD ×