Baru-baru ini, pelakon jelita Atikah Suhaime telah menarik perhatian netizen apabila memuat naik gambar bersama kekasih hati, Datuk Lokman Teh di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Hadir Kursus Kahwin Dengan Pasangan, Rancang Nikah Januari Tahun Depan
21 Januari tahun depan
Memetik laporan Harian Metro, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime dan tunangnya dikatakan bakal mengadakan majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur pada Januari tahun depan.
Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, segala persiapan untuk majlis sudahpun siap, namun hanya proses dokumentasi sahaja yang belum diselesaikan memandangkan perkahwinan mereka melibatkan dua negara iaitu Malaysia dan Singapura.
Setakat ini semua dah bersiap sedia termasuklah untuk pakaian dan pemilihan solekan. Cuma yang tinggal adalah dokumentasi memandangkan perkahwinan kami membabitkan dua negara.
Sebenarnya, kami rancang majlis ini di saat akhir juga dan kami pun baru bertunang bulan lalu. Jadi, sekarang, nak selesaikan perkara berkaitan dokumentasi saja.
Selain itu, pelakon kelahiran Singapura itu menyatakan Lokman menetapi ciri-ciri lelaki pilihannya.
Katanya, Lokman seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dia berasa tenang dari segi mental apabila berada di sisi tunangnya.
Saya tertarik dengan Lokman sebab saya rasa tenang bila ada dengan dia. Berbanding dengan yang lain, dia adalah pilihan terbaik.
Dia berikan ketenangan dari segi mental, stabil dari segi kehidupan dan saya boleh nampak masa depan saya dengan dia. Selain itu, dia juga seorang yang bertanggungjawab.
Selepas ini, setiap perkara yang saya nak lakukan saya kena minta izin daripada Lokman terlebih dulu, kemudian barulah saya berbincang dengan pengurus saya. Saya mohon, doakan yang terbaik untuk kami.
Walaupun selepas mendirikan rumah tangga, tiada halangan daripada Lokman jika Atikah mahu berlakon tetapi akui lebih gemar sekiranya melibatkan diri dalam dunia perniagaan.
Dalam pada itu, dia turut meminta orang ramai untuk mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan.
Selepas dah berkahwin, Insya-Allah, kami akan pergi berbulan madu. Tak ada halangan daripada saya untuk dia teruskan kerjaya lakonan, cuma saya lebih suka melihat dia berada dalam dunia perniagaan.
Yang pasti, selepas ini kami akan fokus juga untuk membina keluarga. Jadi, mohon doakan kami.
Sumber: Harian Metro