berita

Lompat Pagar Sama Seperti Syed Saddiq, Ini ‘Troll’ Kelakar Netizen

February 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Video Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beberapa pemimpin lain yang melarikan diri sambil melompat pagar ketika dihalau balik oleh sekumpulan orang awam ternyata mencuri tumpuan netizen.

Terbaru di Facebook, netizen berkongsi foto dan aksi yang sama dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan itu sewaktu melompat pagar. Kreatifnya!

Lompat pagar rumah pun boleh

Mana adab?

Di Twitter pula, netizen memberikan pandangan masing-masing berhubung kes yang terjadi semasa program Rapat Umum Armada negeri Johor yang berlangsung di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram Johor itu. Menurut segelintir netizen, perbuatan sekumpulan individu pada malam tersebut sangat tidak wajar dan tidak beradab. Manakala, sesetengah netizen meluahkan perasaan marah kerana menteri tersebut tidak menunaikan janjinya sehingga sekarang.

Walau bagaimanapun, Syed Saddiq telah memaklumkan bahawa laluan keluar ketika itu hanya melalui pintu depan di mana polis dan penganjur ada memberitahu keadaan mungkin akan bertambah teruk jika beliau bertembung dengan kumpulan tersebut.

Polis tidak mahu perkara itu terjadi dan pilihan yang ada guna jalan lain dengan memanjat pagar itu.Bukan saya seorang sahaja, Exco Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen, Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa di Johor, Mazlan Bujang turut memanjat pagar.

Beliau turut mengeluarkan satu kenyatan di mana dia berasa terkilan dengan insiden yang berlaku. Malah, ibu bapa beliau turut menjadi saksi terhadap insiden tersebut.

Dua individu ditahan

Menerusi laporan Harian Metro, dua orang individu yang disyaki sebagai dalang di sebalik insiden provokasi dan ancaman terhadap Menteri Belia dan Sukan itu sudah ditahan oleh pihak polis. Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, siasatan lanjut bakal dijalankan bagi tujuan mengesan individu lain yang turut serta. Tambahnya, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi tujuan siasatan.

Saya memandang serius insiden itu yang berlaku ketika beliau (Syed Saddiq) ketika dalam program rapat umum Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) di Ulu Tiram. Insiden itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan gagal menghormati undang-undang negara. Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu jawatankuasa khas dan berjaya menahan dua individu yang disyaki dalang di sebalik kejadian itu.

Orang ramai juga diseru untuk tidak mempolitikkan insiden ini dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak berasas melalui mana-mana platform komunikasi atau media sosial bagi mengelakkan tercetusnya ketidaktenteraman awam dalam negara.

Sumber: Harian Metro, Facebook & Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×