Sekadar gambar hiasan
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelawak terkenal berusia dalam lingkungan 40-an, telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa terlibat dalam kes pemerdagangan manusia. Bagaimanapun, pelawak tersebut telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis Selasa yang lalu.
Artikel Berkaitan: Polis Dedah Pelawak Terkenal Jadi Penghantar Pekerja Seks Ke Hotel Selepas Ditempah Melalui WhatsApp
Artikel Berkaitan: Pelawak Terkenal Disyaki Jadi ‘Bapa Ayam’ Dibebas Dengan Jaminan Polis
Artikel Berkaitan: Pelawak Terkenal Ditahan Reman Kes Pemerdagangan Manusia
Artikel Berkaitan: ‘Gilalah Siapa Yang Petik Nama Saya Tu’ – Tauke Nafi Jadi Bapa Ayam
Pada masa yang sama, netizen sempat berteka-teki siapakah pelawak yang dimaksudkan atas dakwaan terlibat dalam kes pemerdagangan manusia.
‘Memang aku ditahan’
Foto: TaukeJambu2
Tiada angin tiada ribut pelawak Tauke menerusi Instastory di laman Instagram, menjelaskan dirinya telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan dan kerjasama yang penuh telah diberikan sepanjang sesi itu berlangsung.
Pada masa yang sama, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri bin Zakaria sekali lagi menegaskan dirinya tidak terlibat menjadi ‘bapa ayam’ mahu pun penghantar pekerja seks.
Kepada yang masih tak puas hati. Memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjsama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Bukan jadi bapak ayam atau transporter takde kaitan aktiviti tersebut.
Terdahulu, pelawak berusia 45 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak terlibat dengan penangkapan yang berlaku di Negeri Sembilan pada Ahad lalu.
Instastory penuh:
Sumber: TaukeJambu2