berita

‘Cuma Ada Rambutan Gading & Setangkai Petai’ – Tauke Nafi Bawa Peralatan Seks

August 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelawak Tauke menjadi panas ekoran ditahan disyaki terbabit kegiatan pemerdagangan manusia, pada 1 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Gilalah Siapa Yang Petik Nama Saya Tu’ – Tauke Nafi Jadi Bapa Ayam

Artikel Berkaitan: ‘Kepada Yang Masih Tak Puas Hati, Memang Aku Ditahan Untuk Bantu Siasatan…’ – Tauke

Ada rambutan gading & setangkai petai

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria tampil menjelaskan perkara sebenar selepas didakwa membawa peralatan seks ketika ditahan oleh pihak polis.

Nafinya, ketika kejadian dia hanya membawa buah tangan berupa rambutan gading dan setangkai petai untuk isteri tercinta, Nadia Affandi.

Salam geng. Nak cerita sikit. Masa saya ditahan, polis periksa kereta saya cuma ada rambutan gading dan setangkai petai.

Saya beli untuk bini saya.. Bukan peralatan-peralatan jijik yang tular. Saya tak sanggup tengok korang buat dosa kering.

Pendedahan itu dibuat menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya pada Isnin.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks yang berlaku di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Polis ketika itu berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa selain menemui bungkusan kondom.

Walaupun pada awalnya Tauke menafikan namun pada 7 Ogos dia mengaku telah ditahan oleh pihak berkuasa.

 

Sumber: Instagram @taukejambu2

SKIP THIS AD ×