Pengarah dan pelakon filem kontroversi Mentega Terbang, telah menerima ugutan bunuh pada pagi Khamis berikutan isu adegan mempersendakan agama Islam di dalam filem tersebut.
Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Ulas Filem Mentega Terbang Dari Sudut Agama
Artikel Berkaitan: ‘Rasa Macam Nak Bagi Penampar Dekat Pelakon Melayu Mentega Terbang’ – Awie Berang?
Ugutan bunuh
Berdasarkan ciapan di Twitter, terdapat beberapa keping gambar dua buah kereta telah dilempar cat merah dan hitam serta dicurah dengan asid. Pelakon dan pengarah itu juga menerima beberapa keping kertas yang mengandungi ugutan bunuh terhadap mereka dan keluarga.
Lu dengan family mesti mati!
Tengok lu punya langsi mentega sial.
Mentega Terbang jangan cabar agama Islam
Islam pasti bangkit. #MentegaTerbang
Ingat family selamat, Mentega Terbang.
Susulan itu, pengarah filem itu Khairi Anwar telah membuat sebuah laporan polis setelah dia dihubungi oleh pihak pengurusan kediaman rumahnya berhubung kejadian tersebut.
Mendapat perhatian menteri
Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapannya di Twitter mengecam tindakan individu yang melakukan ugutan tersebut dan menegaskan bahawa rakyat mestilah mematuhi undang-undang dengan tidak mengambil tindakan sendiri.
Saya kecam sekeras-kerasnya ugutan-ugutan ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang.
Jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda dan yang mengancam nyawa.
Terdahulu, filem Mentega Terbang telah menerima kecaman dan kritikan hebat oleh pelbagai pihak kerana didakwa mengandungi elemen-elemen yang bertentangan dengan akidah agama Islam.
Sumber: Twitter