Depresi atau tekanan perasaan bukan penyakit yang boleh diambil mudah. Depresi boleh saja menyerang sesiapa tanpa mengira latar belakang seseorang.
Seperti kes yang mengemparkan industri hiburan hiburan Thailand, pelakon dan pengacara Hem Hemmawat Nittayaros telah menggantung dirinya di dalam sebuah kondo. Difahamkan pada malam tragedi itu, dia bersama dengan kekasihnya sebelum bertindak menggantung diri pada 4.45 pagi, 25 September 2019.
Gantung diri di kondo
Menerusi berita BEC melaporkan pelakon Hem Hemmawat Nittayaros menggantung dirinya di beranda kondominium miliknya. Kejadian kira-kira 4.45 pagi itu disaksikan sendiri oleh kekasihnya yang bangun dari tidur untuk ke tandas. Dia terkejut apabila melihat tubuh Hem Hemmawat tergantung di mana tangan kanannya masih memegang cermin mata.
Tertekan dengan masalah kewangan
Mangsa membunuh diri dengan menggunakan kain yang digantungkan di beranda (bersebelahan dengan bilik tidur). Ketika itu dia memakai baju berwarna merah dan seluar pendek hitam. Di situ juga kelihatan sebuah kerusi yang telah jatuh dipercayai digunakan untuk mengantung dirinya.
Menurut kekasihnya itu, pelakon Hem Hemmawat kelihatan runsing dan tertekan dipercayai kerana masalah kewangan yang sedang dihadapinya. Sebelum ini, mangsa pernah menulis surat untuk membunuh diri tetapi telah berjumpa pakar untuk mengubati tekanan.
Status Twitter terakhir
Sementara itu, menerusi akaun Twitter milik mangsa memuatnaik status terakhir, ‘Terima kasih segalanya yang muncul dalam hidup, hari keamanan hampir tiba‘ dan ‘Penat‘. Malah, tidak menyangka ini merupakan status terakhir yang ditulisnya di Twitter.
This world is full of broken
Selain itu, mangsa turut memuatnaik status berbentuk foto yang terakhir di laman Instagram rasminya pada 24 September 2019. Status tersebut dipetik dari John Connolly yang bermaksud ‘Dunia penuh dengan pelbagai perkara yang menghancurkan: hancur hati, memungkiri janji dan begitu kehancuran manusia sendiri’
Bagaimanapun, ruang pada status berkenaan dihujani ucapan takziah dari rakan artis di Thailand dan peminat dari pelbagai negara.
Kisah terakhir mungkin kita tak jangka
https://www.instagram.com/p/Bz1ItINgINv/
Hem turut meninggalkan video terakhir mengenai ‘kisah terakhir’ di laman Instagram sebelum dirinya membuat keputusan untuk menggantung diri.
Kita tidak tahu peluang terakhir datang bersama orang yang kita cintai. Mungkin menjadi peluang dimana ‘dia’ masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi begitu sahaja,tidak akan berpatah balik.
Kita tidak tahu di mana peluang terakhir yang akan kita dapat.
Dia mengadu ‘penat’
Sementara itu, pengurus kepada Hem menerusi temuramah di Nation TV 22 menyifatkan mangsa tiada menunjukkan sebarang perubahan atau tingkah laku yang pelik. Tambahnya, posting terakhir yang dimuatnaik mangsa itu tidak terfikir terhadap tindakan dan tragedi malang itu.
Selalunya dia akan muatnaik status yang pendek dan ringkas untuk pengikutnya berfikir. Sebelum ini, mangsa pernah mengambil ujian tekanan. Didapati dia memperolehi skor 7 daripada 9 tahap tekanan tapi saya tidak pernah mempercayainya. Sudah berbulan dia bercakap mengenai ini kepada saya.
Dia pernah berkata ‘kalau suatu hari tiada saya nanti, mungkin dunia akan lebih bahagia’, saya terus meminta nomber telefon doktor dan buat temu janji untuknya. Saya yang bawa dia bersama dengan doktor.
Tambahnya. pengurus juga tidak pasti sama ada mangsa mengalami masalah kewangan seperti yang dikhabarkan. Mangsa sentiasa komited membuat pembayaran gaji kepada pengurus tepat pada waktunya. Mangsa pernah mengadu yang dia telah ‘penat’.
Sumber: BEC, Hem, NationTV22