Penyanyi Amir Masdi mencuri tumpuan netizen berikutan beberapa ciapan yang dimuat naik olehnya di aplikasi X, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Itu Urusan Mereka, Saya Tak Mahu Masuk Campur’ – Amir Masdi
Penat?
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, ciapan yang ditulis oleh Amir itu mengundang kebimbangan peminat bahkan, mereka mendakwa pelantun suara ‘Sengaja’ itu sedang berdepan masalah peribadi.
Berikutan daripada itu, Amir tampil memberi penjelasan dan berkata, ciapan tersebut bukanlah luahan perasaan sebaliknya berkaitan album keduanya yang bakal dilancarkan pada bulan Oktober nanti.
Ramai yang salah faham sebenarnya mengenai ciapan saya. Saya sekarang ini dalam fasa menghabiskan persiapan album kedua saya. Jadinya segala ciapan saya itu berdasarkan lagu-lagu saya.
Tambah Amir, dia berharap peminat dapat bersabar sehinggalah albumnya itu dilancarkan.
Saya tak sangka peminat akan risau sehingga ramai menyangka saya betul-betul ada masalah tapi buat mereka yang mengikuti saya pasti tahu kalau ia sebenarnya berkaitan dengan album saya. Ini kerana segala perkongsian saya di media sosial ketika ini untuk menarik lebih ramai pengikut.
Berbicara lebih lanjut, Amir mengakui segala yang diluahkan itu berdasarkan lirik lagunya.
Perkara-perkara yang saya luahkan itu semuanya berdasarkan lagu saya. Ia sebenarnya lagu yang positif. Lagu semua sudah siap tinggal tunggu masa sesuai sahaja.