Mesti ramai yang tertanya-tanya betul ke hubungan Zizan dan Emma sedang bergolak kan? Lebih-lebih lagi golongan jejaka yang mesti tengah tunggu Emma kembali single.
Sayangnya, harapan hanya tinggal harapan ya. Zizan ketika ditembual oleh Mstar Online memberitahu bahawa hubungan dia dan si cantik jelita itu baik-baik sahaja.
Malah, Zizan turut memberitahu bahawa mereka berdua baru sahaja menjayakan sebuah acara di ibu negara pada malam Ahad yang lalu.
Relax je Zizan! Kalau ada jodoh tak ke manakan?
“Saya tidak rasa luahan perasaan itu ada kena mengena dengan saya atau hubungan kami sebaliknya percintaan kami masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah. Emma adalah seorang yang suka berkarya dan apa yang dimuat naik itu mungkin salah satu daripadanya.”
Ditanya adakah Zizan mahu foto tersebut dipadam dek kerana telah menyebabkan orang ramai menganggap hubungan mereka bermasalah, ini jawapannya;
“Tidak perlu buang kerana mungkin apa yang diluahkan itu mewakili orang-orang yang mempunyai perasaan sedemikian.”
Pantas nampaknya Zizan mempertahankan hubungan mereka ya? Apapun, diharapkan agar pasangan sejoli ini cepat-cepat naik pelamin.
Kredit foto: Instagram Zizan Razak