berita

‘Tariklah Tangan Kami Bila Giliran Kami Tiba’ – Ibu Mangsa Langgar Lari Luah Rasa Pilu

October 22nd, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Demi menuntut pembelaan atas kematian anak, seorang wanita menyeru saksi atau pelaku langgar lari di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) tampil ke hadapan. Anak yang menjadi tunggak keluarga itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan Rabu lalu.

Ibu, seorang penghidap kanser limfoma tahap 2 tidak menyangka anaknya pergi terlebih dahulu. Luahan ini sebak.

‘Along terlebih dahulu tinggalkan mama’

Mohon pelaku tampil

Ibu, Wan Hasmiza memberitahu kepada Harian Metro anaknya seorang yang sangat rajin membantu keluarga. Semenjak disahkan menghidap kanser, anak, Nor Hafiz Hafizan membantu mencari pendapatan tambahan memandangkan suami hanya bekerja kilang dengan gaji RM1,500 sebulan.

Dia seorang anak yang baik dan pemalu serta sentiasa membantu menguruskan kerja rumah malah sanggup bekerja sambilan kerana tidak mahu menyusahkan saya.

Pada hari kejadian, saya hanya sempat melihat kelibatnya mengambil wuduk untuk solat Asar sebelum dia ke tempat kerja yang terletak 10 kilometer dari rumah.

Masih terngiang-ngiang kata-kata terakhir arwah kepada saya apabila dia sentiasa memberi semangat dan dorongan supaya kuat melawan kanser seterusnya tidak perlu risau mengenai perkara lain.

Jika diikutkan saya terfikir kenapalah dia pergi dulu sebelum saya kerana arwah masih muda dan sangat baik kepada keluarga serta rakan.

Lebih terkilan lagi apabila dia pergi dalam keadaan dipercayai dilanggar lari kenderaan lain pada hari kejadian ketika mahu pulang ke rumah.

Meskipun redha dengan takdir yang menimpa, ibu menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan kes anak.

Sumber : Harian Metro , Wan Hasmiza Wan Ismail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×