Noor Nabila mengambil keputusan untuk berdiam diri walaupun kisah rumahtangga dirinya bersama pelakon popular Sharnaaz Ahmad hangat diperkatakan netizen. Sehingga hari ini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka berdua.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram story miliknya, Noor Nabila bagaikan sedang cuba menyampaikan sesuatu kepada mereka yang berkenaan.
You will never understand
Toxic person
Nabila berkongsi beberapa kata-kata seperti ‘toxic person’ tidak mampu mengawal cara orang lain melihat diri anda. Salah faham itu akan buat anda rasa tidak adil. Tapi jangan melatah, percaya bahawa akhirnya orang lain akan nampak kebenarannya, sama seperti anda.
Be with someone who will take care of you
Selain itu, dia juga berkongsi kata-kata berkenaan saling menjaga. Bersamalah dengan orang yang akan menjaga anda. Bukan menjaga secara materialistik, tapi menjaga jiwa anda, kebajikan anda, hati anda dan segalanya tentang anda.
Finally realized
Akhirnya saya sedar, saya tak pernah meminta lebih. Saya cuma meminta pada orang yang salah.
Selain itu, terdapat beberapa buah story yang membicarakan soal narsistik. Story tersebut mencetuskan spekulasi seolah-olah Nabila mengatakan kepada seseorang yang mempunyai masalah personaliti yang juga merupakan sejenis gangguan mental.
A narcissist
Orang yang narsistik tidak pandai menghormati, tidak sensitif, mengongkong, pembuli, gunakan ancaman dan ugutan, menipu, tidak menghiraukan perasaan anda, memperkecil dan menyusahkan, beri anda ‘silent treatment’, marah, naik angin, tidak boleh diharap, hipokrit, lepaskan semuanya pada anda, tidak tunjukkan simpati dan penyesalan, sombong, berlagak besar, hanya mengarah, tidak mendengar dan ada personaliti yang menawan sehinggalah dia meletus jika sesuatu perkara tidak mengikut kehendaknya.
Ia menghasilkan seorang dewasa yang kebudak-budakan, pembuli yang tidak matang dan lemah, yang memerlukan kuasa dan sentiasa merasakan dirinya berhak dan berkuasa.
No boundaries
Narsistik tidak mempunyai batasan. Mereka berasa berhak untuk cakap apa sahaja yang mereka rasakan benar, dan lontarkan pendapat mereka tidak mengira sama ada ianya biadab, menyakitkan atau tidak betul sama sekali. Mereka kemudiannya akan marah bila anda mempertahankan diri dan menyalahkan anda kerana membuat ‘drama’.
Sumber: Noor Nabila