berita

Luahan Tak Puas Hati Rakyat Malaysia Bila Anak IC Merah Dapat Semua Kemudahan! #bajet2016

October 26th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

sekolah 1

(gambar hiasan)

Pembentangan bajet 2016 baru-baru ini mencetus pelbagai kontroversi, termasuklah bantuan persekolahan RM100 yang kini hanya dikhususkan kepada pendapatan seisi rumah kurang daripada RM3000 sebulan.

Katanya, ramai yang tak puas hati kerana jika dikira secara logik, anak kepada pemegang IC merah akan mendapat pelbagai kemudahan berbanding anak warganegara Malaysia. Betul ke?

KERA DI HUTAN DISUSUKAN…

sekolah 2

(gambar hiasan)

“Bantuan persekolahan sebanyak RM100 diteruskan tetapi bermula Januari ini, ia hanya dikhususkan kepada pelajar sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.”

berdasarkan BAJET di atas, satu kesimpulan yang saya dapat adalah KERA DI HUTAN DISUSUKAN..

sebab apa? yg ramai beratur nak dapat duit RM100 nanti adalah anak2 yang berMYKID sini, tapi mak bapak masih pakai IC merah, taraf penduduk tetap, kerja jenis takde slip gaji dan akan declare gaji bawah RM3000.. of coz le dapat bantuan, ANAK2 KITA yang warganegara MALAYSIA (melayu termasuk cina dan india) melopong sebab mak gaji RM1500, bapak gaji RM1500 dan hasil dari perbincangan dalam grup rakan guru, dah byk terbukti dr pengalaman rakan2 guru lain, yang anak2 hasil IC MERAH ni dapat semua kemudahan yang anak kita belum tentu dapat.. BUKU TEKS dah sah2 free mcm anak2 kita, bantuan lain seperti Kwamp,baitulmal,ekasih,RMT pun , golongan anak2 IC merah ini yang ramai dapat!

Apa kelebihan rakyat Malaysia berbanding BANGSA ASING?

so, apa kelebihan kita sebagai rakyat Malaysia berbanding BANGSA ASING ni?, parents yang berIC merah ni tak bayar cukai pendapatan bukan? dan jangan lupa RAKAN2 GURU, yang jadi GURU KELAS tahun depan, satu kerja pulak nak kena check slip gaji mak dan bapak, dan update maklumat gaji di APDM tu nanti…sebab nak tgk , layak ke anak2 ni dapat bantuan RM100 tu..

TENGOK! tak pasal2 bebanan kerja guru bertambah.. dahlah masa start bagi bantuan RM100 tu entah tahun bila, cgu juga yang jadi kerani kaunter tolong bagi duit.. silap2 tahun depan ada parents yang gaduh ngan CGU pulak sebab tak puas hati sebab tak dapat bantuan.. kerana duit dan zaman ekonomi meleset, manusia boleh jadi macam2
ini bukan saya kata, rakan guru dalam grup yang kata.. BACALAH SENDIRI SUPAYA ANDA BUKA MATA…

Pakat beranak pinak di Malaysia

“Kbykn ic merah ni keje gaji besar tp sbb xde slip gaji sng mrk dpt bntuan.. Hsil pebualan dgn sorg pkeja indonesia mrk kata kbykn org2 mrk mmg nk anak lahir dmsia sbb mrk tau msia byk beri kmudahn pd anak yg lahir dmsia terutama bila memegang surat beranak msia.. Kt ngra sndiri mrk kata xdpt kmudhn spt tu.. Jd mrk pakat2 beranak pinak d msia.. Setiap tahun mst ada murid mak ayah ic merah.. Malah mereka lbh alert tntg kmudahan yg ank mrka boleh nikmati siap marah2 lg.. Hmm..”

POKJIB! sila kuatkuasakan!: Dasar bantuan RM100 adalah khas untuk warganegara MALAYSIA SAHAJA! SILA KAJI SEMULA! Penduduk tetap tiada keistimewaan!

Sumber: Azlina Beautyhouse Gombak

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×