berita

Luahkan Perasaan Yang Tersimpan, Jom Layari Laman Web Ini Untuk Kongsi Cerita & Rahsia

March 26th, 2021 | by Sya Alkaf
Kesihatan & Hidup Aktif

Kredit foto: NeurologyAdvisor

Wanita dikatakan lebih cenderung menghidap masalah mental berbanding lelaki kerana sifat mereka yang lebih gemar memendam perasaan – sumber myMetro.

Mungkin korang rasa menyimpan masalah sendiri dan tak meluahkan adalah perkara normal. Boleh jadi korang bimbang persepsi orang lain terhadap masalah yang dihadapi ataupun sekadar tak mahu membebankan keluarga dan rakan-rakan dengan situasi korang.

Tapi, perkara ini tak boleh lagi diambil mudah demi kebaikan mental korang!

Ceritakan apa yang terpendam di TINGEpression

Tak kira lelaki mahupun wanita sekiranya ada perkara yang menganggu fikiran korang luahkan di TINGEpression, sebuah laman mikro yang dilancarkan TINGE untuk rakyat Malaysia ceritakan apa yang terbuku di hati.

Korang bebas untuk berkongsi apa saja kisah atau masalah dekat SINI kerana identiti setiap pengguna bakal dirahsiakan! Jadi, korang tak perlu risau dibenci atau dihakimi sesiapa.

Mana tahu kalau ada orang lain alami masalah yang sama macam korang, haa bolehlah bertukar pendapat dan cerita kan. Malah, dengan cara ini ia membentuk satu support system yang baik untuk perkembangan emosi korang.

Antara perkongsian di TINGEpression

1. #TINGEpression 001 

2. #TINGEpression 004

3.  #TINGEpression 005

 

 

 

Curhat Korang Akan Dikongsikan Di Group Page Facebook TINGEpression secara anonymous!

Jangan bimbang, korang boleh luahkan segala curhat yang terpendam di laman web TINGEpression dan mereka akan siarkan di group page Facebook TINGEpression secara anonymous

 

Melalui group Facebook ini, korang boleh membaca perkongsian orang lain dan kongsikan sokongan serta pendapat melalui ruangan komen. Kita jaga kita okay! Bila ada orang lain yang perlukan sokongan, apa salahnya kita pula jadi pendengar dan berikan semangat buat mereka.

Kita tak tahu mungkin dengan secebis kata-kata semangat tu dapat membuatkan hari orang lain lebih indah dan bermakna :)

Dah, jangan runsing lagi kalau korang tak ada teman untuk mengadu okay! Terus je ke laman web TINGEpression  dan ceritakan semuanya! Luahkan agar ianya tak menjadi satu beban yang perlu korang pikul seorang diri.

SKIP THIS AD ×