Pempengaruh media sosial Indonesia, Lucinta Luna, memaklumkan bahawa dirinya ingin dikebumikan sebagai seorang lelaki mengikut fitrah asal.
Artikel Berkaitan: Lucinta Luna Bakar Koleksi Baju Seksi, Insaf Selepas Tonton Filem ‘Siksa Neraka’
Artikel Berkaitan: Lepas Jadi Janda, Lucinta Mengaku Dah Bertaubat – ‘Ini Semua Doa Daripada Keluarga’
Takut mati
Menerusi satu sesi temu bual podcast, Lucinta, atau nama sebenarnya Muhammad Fatah, akui dirinya takut akan kematian.
Asalnya saya lelaki, jadi saya ingin dimandikan sebagai jenazah seorang lelaki. Tapi ini hanya privasi untuk keluarga dan rakan terdekat saya.
Tukar jantina
Pempengaruh berusia 35 tahun itu juga berkongsi tahap kesakitan dalam menjalani pembedahan menukar jantina yang perlu dihadapinya setiap hari.
Sakit sangat. Itu operasi pertama di bahagian badan saya yang sakit. Hari pertama seperti dikoyak-koyak. Hari kedua rasa dipotong-potong dan hari ketiga seperti dicincang.
Walau bagaimanapun, Lucinta memberitahu bahawa bebanan hidup yang dihadapi dirinya menjadi salah satu punca dia bertekad untuk menjalani operasi pembedahan tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan personaliti media sosial transgender dari Indonesia itu kembali ke jalan yang diredhai-Nya.
Sumber: Deddy Corbuzier