Pempengaruh sensasi Indonesia, Lucinta Luna mengecam tindakan seorang pempengaruh yang bertindak mengerjakan ibadah umrah sebagai seorang perempuan meskipun jantina asalnya merupakan lelaki.
Artikel Berkaitan: Lucinta Luna Akui Takut Mati, Ingin Dikebumikan Sebagai Seorang Lelaki
Perbuatan itu jijik
@mastercorbuzier GIMANA MENURUT KALIAN? #lucintaluna #viral #podcast #closethedoor ? original sound – Deddy Corbuzier
Menerusi sesi podcast bersama Deddy Corbuzier, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah menyifatkan tindakan pempengaruh itu sebagai perbuatan yang jijik dan menghina agama.
Bagi saya, perbuatan mengerjakan umrah sebagai seorang perempuan sedangkan dia adalah lelaki adalah satu perbuatan yang salah.
Saya pernah lihat video seseorang ini yang sudah mengerjakan umrah sebanyak tiga kali tapi pergi sebagai seorang yang melawan fitrahnya.
Itu perbuatan yang sangat jijik dan menghina agama.
Janji ke Makkah sebagai lelaki
Ujar Lucinta, sekiranya dia mempunyai rezeki untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah satu hari nanti, dia sama sekali tidak akan mempersendakan agama dan akan ke sana mengikut fitrahnya sebagai seorang lelaki.
Sedosa-dosa saya, saya tak akan bermain atau persenda agama. Saya tidak akan menunaikan umrah sebagai seorang wanita.
Kalaulah saya melakukan perbuatan tersebut (menjejak kaki ke Tanah Suci sebagai seorang wanita), dosanya teramatlah besar.
Saya belum pernah mempunyai rezeki untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Sekiranya saya ada rezeki, saya akan jejakkan kaki ke sana mengikut fitrah saya yang sebenar iaitu sebagai seorang lelaki.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan pendirian Lucinta dan mendoakan agar pempengaruh itu dapat mengotakan janjinya.
Terdahulu, seorang pempengaruh Indonesia yang juga merupakan transgender iaitu Isa Zega menyorot perhatian apabila berkongsi foto dirinya mengerjakan umrah sebagai seorang wanita.