berita

Lucinta Luna ‘Suka’ Dengan Aeril Zafrel, Netizen Marah Vida – ‘Kenapa Suka Sangat Promosikan Puak LGBT?’

May 13th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, selebriti kontroversi dari Indonesia, Lucinta Luna datang ke Malaysia untuk bercuti. Kedatangan Lucinta menarik perhatian ramai selepas dia bertemu dengan usahawan ‘panas’, Datuk Seri Vida.

Artikel Berkaitan: Vida Tak Jadi Kahwin, Dakwa Diperguna Iqbal Demi Populariti – ‘Saya Kena Cuci Kotoran Fitnah’

Nak berkenalan dengan Aeril

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Vida dan Lucinta dilihat meluangkan masa di sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar Kuala Lumpur.

Dalam rakaman tersebut, Lucinta meluahkan hasrat untuk bertemu dengan pelakon Aeril Zafrel kerana dia ‘suka’ dengan suami kepada aktres Wawa Zainal itu.

Kenalkan saya dengan Aeril. Aku suka sama dia. Kalau saya berjumpa dengan dia, saya yakin Aeril akan suka dengan saya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Ku Ikhlaskan itu enggan menjadi orang ketiga serta tidak ingin menganggu rumah tangga orang lain.

Mengucap.. mengucap.. Itu laki orang, jangan main-main. No, no jangan cari pasal. Nanti saya terbabit, saya tak nak.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut meninggalkan komen dengan berkata, ‘run bestie.. run.’

Pengikut marah

Hasil pemerhatian OhBulan!, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan Vida yang didakwa menyokong golongan gay (LGBT).

@tim_aziz: Mental illness.. Manusia akhir zaman.

@rosli_888: Apa nilai murni yang ada dalam content ini? Memalukan.

@syuddshahar: Kenapa ye suka sangat promosikan puak LGBT? Tak faham la.

@layyin_.___: Ya Allah Vida.. Saya tak tahu la apa niat tapi minta maaf la apa yang saya kata ini bagi Vida terasa… Vida ini sokong LGBT ke? Saya harap Vida sedar la apa yang tengah buat sekarang ini.

Namun, ada juga warganet yang meminta agar orang ramai tidak memandang serius kerana Lucinta hanya ‘bercanda.’

Sebelum ini, Vida dikecam teruk apabila tampil dengan muzik video raya berjudul ‘Kelepok Raya’ yang memaparkan kumpulan penari ‘drag queen.’

Sumber: Instagram @datoserivida

SKIP THIS AD ×