berita

‘Lucu!’ – Jadi Bahan Gelak & Parody Netizen, Ini Respon Gadis Jeng Jeng Jeng

August 30th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tarian ‘pelik’ yang dipersembahkan sekumpulan anak muda di program Selamat Pagi Malaysia baru-baru ini telah menarik perhatian netizen. Video berkenaan sehingga kini telah mendapat lebih 2 juta tontonan sehingga ada yang membuat parody melucukan.

Menerusi Berita Harian, gadis ‘jeng jeng jeng’ memberitahu tidak berkecil hati dengan kecaman yang diterima.

Lucu!

Nurul Syuhada A’zmi memberitahu tidak menyangka tarian unik itu tular sedangkan ia sudah dipentaskan sebulan lalu. Ketika ditanya mengenai kecaman masyarakat dan munculnya video parody, beliau memberitahu tidak terasa hati malah menganggap ianya peluang untuk dikenali.

Tak terasa hati

Pelik juga mengapa baru sekarang video itu menjadi bualan, sedangkan persembahan teater itu sudah tamat. Biasalah apabila tular, ramai yang memberikan pelbagai pendapat, termasuk komen negatif.

Saya hanya ambil pendekatan positif dan komen buruk saya tidak baca. Saya tahu ada yang mencemuh dan menganggap persembahan itu mengarut, mungkin tidak faham kerana mereka tidak menonton keseluruhan pementasan.

Ia adalah teater pertama lakonan saya dan saya mahu terus mencari peluang dalam bidang seni kerana minat yang mendalam.

Saya harap, isu yang tular ini menjadi ‘salam perkenalan’ untuk saya memulakan langkah sebagai pelakon. Terima kasih kepada Fauziah Nawi yang mengasah bakat saya menerusi produksi terbitan Sanggar Teater Fauziah Nawi atau Stefani.

Tambahnya lagi, dia tahu ada yang mencemuh tarian yang dipersembahkan namun bertindak hanya mengambil komen positif untuk memperbaiki diri.

Sumber : Berita Harian , Nurul Syuhada A’zmi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×