Lumi News aplikasi pengagregat berita #1 Malaysia kini melancarkan siri News Stack eksklusif, dengan kerjasama 10 menteri semasa dan bekas menteri Malaysia daripada pelbagai parti.
Artikel Berkaitan: PRU15: Dapatkan Berita Penting & Terkini Tentang Pilihan Raya Menerusi LUMI News Malaysia
Pelancaran News Stack
Kandungan khas Pilihan Raya Negeri ini tersedia pada versi aplikasi terkini, yang membawa rentetan ciri baharu yang menarik, termasuk keputusan pilihan raya secara langsung untuk semua 6 negeri, siaran ceramah rasmi dan juga live chat.
Lumi News yang baru-baru ini memenangi Gangsa di Anugerah 2023 d oleh Persatuan Digital Malaysia dalam kategori ‘Produk Digital Tech Terbaik’, menyasarkan untuk menghubungkan tokoh politik kepada rakyat Malaysia mengenai topik penting nasional yang merangkumi daripada sukan dan belia, kepada perubahan iklim.
Ketua Pegawai Eksekutif Lumi News iaitu Judith Yeoh berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan ciri News Stack dan Chat eksklusif kerana gabungan tersebut menawarkan peluang yang luar biasa untuk memupuk dialog selain mampu meningkatkan daya pemikiran orang ramai.
Kami sentiasa percaya dalam memberi orang lebih akses kepada maklumat. Ini membantu kami membina hubungan antara satu sama lain dan membuka diri kepada idea baharu.
Peroleh lebih 1 juta pengguna
Sementara menurut Growth Marketing Pengurus, Fildzah Zulkifli, bekerjasama dengan pemimpin negara merupakan satu penghormatan bagi Lumi News untuk mencipta serta memberi inspirasi kepada penonton serta pengguna aplikasi ini.
Sebagai info, Lumi News telah melancarkan ciri News Stack pada tahun lepas sebagai satu cara untuk menyusun artikel dan video yang diterbitkan oleh media tempatan dan antarabangsa mengenai topik hangat.
Dengan pelancaran News Stack, Lumi News secara rasmi memulakan kempen Pilihan Raya Negeri 2023. Lebih menariknya, reka bentuk halaman pilihan raya negeri ini juga estetik dan mesra pengguna bagi seluruh rakyat Malaysia dan mudah diakses, semuanya hanya di hujung jari.
Pada November 2022, Lumi News memperoleh lebih 1 juta pengguna pada halaman keputusan PRU15 semasa hujung minggu pengundian.