berita

LUMINOUS630 AntiDark-Spot Serum Untuk Kulit Tanpa Cela, Muda & Berseri!

May 20th, 2021 | by Noraniza
Kini Trending

NIVEA LUMINOUS630 AntiDark-Spot Serum yang baharu bukan sahaja mengandungi LUMINOUS630 untuk mengurangkan bintik hitam, tapi ia juga dipertingkatkan dengan 2x Hyaluron dan Anti-Oksidan untuk mengurangkan garis halus dan meningkatkan penyerapan LUMINOUS630 secara mendalam di kulit supaya kelihatan muda, tanpa cela dan berseri.

Apakah bintik hitam?

Bintik hitam yang meresap jauh ke dalam wajah adalah akibat daripada penghasilan melanin yang tidak seimbang. Walaupun melanin ialah pigmen yang wujud secara semula jadi di dalam kulit kita yang berfungsi untuk menentukan warna kulit, pelbagai faktor seperti pendedahan kepada cahaya matahari, keturunan, penuaan, ketidakseimbangan hormon dan jerawat yang disebabkan oleh kulit berminyak juga menjadi punca yang mengakibatkan pemendapan melanin.

Ia boleh terkumpul di bawah kulit sehingga dapat dilihat pada wajah sebagai bintik hitam dan menyebabkan tona kulit yang tidak sekata, atau dalam erti kata lain, ‘pigmentasi’.

NIVEA telah menjalankan kajian klinikal pada LUMINOUS630 AntiDark-Spot Serum dan merekod keberkesannya ke atas kulit wanita Malaysia pada tahun 2021. Kajian berkenaan telah membuktikan keberkesanan yang menakjubkan bagi LUMINOUS630 AntiDark-Spot Serum ini. Hanya dalam 4 minggu, terbukti dapat mengurangkan 67% bintik hitam, 66% garis halus dan meningkatkan keserian kulit setinggi 81%.*

Tambahan pula, LUMINOUS630 AntiDark-Spot Serum telah diuji oleh pengguna sebenar dan telah mendapat maklum balas yang memberangsangkan tentang keberkesanannya untuk mengurangkan bintik hitam & garis halus hanya dalam 4 minggu, tanpa merosakkan kulit.

NIVEA LUMINOUS630 AntiDark-Spot Serum kini boleh didapati di Watsons Malaysia, dengan harga RM129 / 30 ml. Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang produk NIVEA LUMINOUS630, sila melawat laman web ini atau tonton video terkini bagi produk ini.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×