Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya memberitahu adegan intim dalam drama bersiri Main Api dilakukan dengan prrofesional.
Artikel Berkaitan: Luna Maya Nak Jemput Bekas Kekasih Ke Hari Pernikahan
Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Mengamuk Dengan ‘Staf’, Kawan Baik Tampil Pertahan Luna Maya – ‘Kalau Dah Tegur Banyak Kali, Siapa Ja Tak Marah’
Profesional
Memetik laporan Kompas, Luna mengakui berasa risau untuk melakukan babak panas tersebut kerana dianggap terlalu bahaya dan sensitif.
Bagaimanapun, dia berkata, adegan intim itu telah dirancang sebaiknya dengan menggunakan teknik tertentu.
Semua itu harus saya fikir kesannya. Adegan itu dilakukan dengan sebaiknya, mana bahagian badan yang boleh disentuh dan tidak boleh.
Dalam pada itu, Luna memberitahu, lokasi penggambaran yang digunakan untuk adegan intim tersebut hanya boleh diakses oleh orang tertentu.
Malah, kad memori yang menyimpan adegan panas itu hanya dipegang oleh beberapa individu untuk dibawa ke ruang suntingan.
Lokasi penggambaran adegan itu ditutup dan yang boleh berada di situ lebih kurang enam orang sahaja. Mereka yang di situ juga sudah dipesan awal.
Lebih details, memori kad yang ada babak panas itu hanya dipegang oleh orang-orang yang tertentu yang ada hak.
Kad itu dijaga rapi dari lokasi penggambaran sampai ke ruang editing. Siap perlu tanda tangan.
Jadi, kalau bocor atau tersebar, pihak produksi tahu siapa yang melakukannya.
Kongsi Luna lagi, dengan beberapa peraturan ketat yang dibuat, dia berasa selesa untuk melakukan babak intim tersebut dengan pelakon gandingan iaitu Darius Sinathrya.
Sumber: Kompas