Pelakon Indonesia, Luna Maya berkongsi pengalaman seram berdepan gangguan mistik ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul ‘Panggonan Wingit’.
Artikel berkaitan: Digosipkan Bercinta Dengan Jejaka 10 Tahun Lebih Muda, Ini Respon Luna Maya
Perubahan pada wajah
Menerusi laporan Kapan Lagi, Luna memberitahu perkara tersebut mula disedari oleh seorang pemerhati aktiviti paranormal yang ditugaskan berada di set penggambaran bagi mengesan sebarang kejadian aneh. Meskipun kurang percaya dengan perkara tahyul, Luna berkata dia sendiri dapat melihat perubahan yang berlaku pada wajahnya selepas kejadian tersebut.
Yanto beritahu ada yang mendekati dan mahu masuk ke dalam badan saya. Ketika itu kami sedang merakamkan babak terakhir sekitar pukul 3 pagi. Saya ambil gambar di depan gua peninggalan zaman Jepun. Sewaktu berehat saya lihat wajah saya dalam foto yang saya ambil nampak berbeza. Muka saya kelihatan seperti seorang nenek tua.
Difahamkan, penggambaran filem tersebut diadakan di sebuah kawasan peninggalan era penjajahan Jepun di Bandung, Indonesia. Tambah Luna, meskipun sudah banyak kali berlakon dalam filem genre seram namun ini merupakan pengalaman pertama yang dialaminya.
Ini kejadian seram pertama berlaku pada saya. Akhirnya saya dapat merasai dan mengalami sendiri pengalaman ini.
Sumber: Kapan Lagi