berita

‘Lupa Lirik Macam Ayah’ – Gelagat Anak Bongsu Tomok ‘Cover’ Lagu Exists Curi Perhatian Warganet

June 15th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gelagat anak perempuan penyanyi terkenal, Tomok iaitu Siti Khadijah menyanyikan sebuah lagu telah mencuri tumpuan warganet.

Artikel Berkaitan: Tomok Dapat Rezeki Yang Tidak Disangka Selepas Insiden Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku

Artikel Berkaitan: Tomok Tak Kisah Guna Duit Simpanan Sendiri Anjur Konsert New Boyz

‘Cover’ lagu Exist

Menerusi hantaran isteri Tomok di Instagram (IG), memaparkan penyanyi itu bersama anak bongsu mereka berada di dalam sebuah bilik rakaman.

Siti Khadijah menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Exists berjudul Janji Padamu, manakala Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mengiringi nyanyian anaknya dengan bermain gitar.

Pelapis in the making. Siti Khadijah, On ke tak on?

Berdasarkan kapsyen pada video tersebut, lagu itu merupakan lagu kegemaran anak perempuan mereka yang pernah dinyanyikan oleh Tomok semasa bertanding di pentas Gegar Vaganza 9.

Ini lagu kegemaran Khadijah tau masa ayah dekat Gegar Vaganza 9.

Kecomelan Khadijah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat kecomelan Siti Khadijah yang menyanyikan lagu tersebut walaupun pelat.

Secara berseloroh, terdapat juga warganet yang menyamakan Khadijah dengan ayahnya dek kerana kesilapan lirik yang sering terjadi kepada Tomok.

Sumber: Instagram (IG)

SKIP THIS AD ×