Penyanyi dan pelakon, Tomok mendedahkan dirinya mengeluarkan wang sendiri untuk menganjurkan Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang yang akan berlangsung selama dua hari pada 10 Februari tahun hadapan.
Artikel Berkaitan: Tiket Konsert New Boyz Sold Out Dalam 24 Jam, Ada Yang Berperang Lebih 10 Jam!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Tomok Cover Lagu Meraung, Netizen Cakap Kalau Buat Rambut Belah Tengah Mesti Handsome
Demi impian adakan konsert
Menurut penyanyi berusia 38 tahun itu, kesukaran mendapatkan penaja mendorong dirinya menggunakan duit simpanannya sebanyak ratusan ribu untuk menganjurkan konsert berkenaan. Tambah tomok lagi, dia tidak kisah berhabisan asalkan impian untuk mengadakan konsert menjadi kenyataan.
Perancangan mementaskan konsert ini sudah lama iaitu sejak 2020. Pada masa itu, saya bertemu beberapa pihak, namun, tidak mendapat maklum balas yang baik. Tapi saya tidak kisah dan saya gunakan duit simpanan sendiri. Bajet konsert ini adalah dalam kira-kira ratusan ribu ringgit.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Shah Indrawan Ismail itu enggan mendedahkan kos sebenar konsert yang bakal dipentaskan di Stage 1 Theatre, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Bandar Utama. Sementara itu, peserta Gegar Vaganza 9 ini menyatakan rasa syukur apabila tiket konsert itu habis dijual.
Walaupun konsert ini berskala sederhana, saya teruja apabila tiket untuk persembahan dua malam laris dalam tempoh 24 jam. Untuk persembahan 2 malam, saya akan menyanyikan lebih 40 lagu. Apabila ada tambahan persembahan, bimbang saya tak punya kudrat untuk menggalas tanggungjawab itu. Insya-Allah, kalau ada rezeki lebih, saya akan anjurkan konsert di lokasi yang lebih besar.
Untuk rekod, kumpulan New Boyz dianggotai Tomok, Jay, Lan, Zimi, Syuk, Along, Afiez, Zack, dan Ristoe dan merupakan antara kumpulan popular pada era 1990-an.
Sumber: Berita Harian