berita

Lupakan Gincu! Campuran Bahan-Bahan Mudah Ni Boleh Menjadikan Bibir Korang Merah Berseri Dalam Masa Seminggu!

November 19th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trendy

Setuju tak kalau admin cakap yang bibir ni salah satu aset penting untuk perempuan? Mesti semua orang nak warna bibir yang merah semulajadi kan. Korang akan nampak lebih attractive dengan bibir yang mungil dan kemerah-merahan. Yelah.. bibir yang kusam dan tak bermaya menunjukkan ia kurang sihat.

Punca yang menyebabkan bibir korang menjadi gelap dan kusam ialah pengambilan caffeine yang berlebihan, terkena sinaran UV, alahan dan hormon yang tak seimbang.

Jadi apa cara untuk atasi masalah bibir kusam ni? Senang je! Korang tak perlu berhabis duit banyak pun. Semua bahan-bahan untuk remedies yang admin nak kongsikan ni boleh korang dapatkan kat dapur je tau. Nak tahu macam mana, jom baca selanjutnya!

1. Kelopak mawar & susu

Kredit: WikiHow

Cara yang mudah untuk memerahkan bibir adalah menggunakan kelopak bunga mawar dan susu. Caranya senang je, korang ambil dalam segenggam kelopak bunga mawar yang mak korang tanam luar rumah tu. Kemudian campurkan ke dalam dua sudu besar krim susu asli. Kacau sebati sambil korang hancurkan kelopak mawar tu macam awak hancurkan hati saya.. Eh!

Selepas ia menjadi pes, korang kena simpan dalam peti sejuk semalaman. Pada esok harinya korang boleh ambil pes mawar tu untuk sapukan dan massage bibir perlahan-lahan. Kemudian biarkan je selama 20 minit dan lebihkan lagi 5 minit untuk antioksida dan bahan-bahan pelembap di dalam pes tu meresap ke bibir korang. Selepas tu boleh lah cuci dengan air sejuk.

Korang boleh amalkan petua ni dua kali sehari untuk hasil yang berkesan!

Pes ni membantu bibir korang menjadi lembut dan smooth, menghilangkan garis gelap dan kedutan selain melembapkan bibir.

2. Shea butter & madu

Ini satu lagi cara mudah untuk mendapat bibir merah yang natural di rumah. Korang perlukan satu sudu besar shea butter dan dicampur dengan satu sudu teh madu asli. Dengan menggunakan jari, korang ambil pes yang gooey tadi dan sapukan ke bibir. Tunggu 10 minit kemudian urutkan.

Sumber: Pinterest

Untuk membantu membuang sel-sel kulit yang mati, korang perlu biarkan pes ni semalaman. Jadi pakailah pes ni setiap malam sebelum tidur okaysss.

Bibir korang akan mendapat segala kelembapan yang diperlukan melalui pes tadi. Bukan tu je, malah urutan yang korang buat tu akan membantu melancarkan peredaran darah dan warna merah tu datang dari vitamin E dalam shea butter.

3. Oren & delima

Kredit: ISO Republic

Korang suka makan buah oren dan delima kan? Haa.. apa yang bagus kat dua-dua jenis buah ni adalah ia salah satu pewarna bibir semula jadi. Korang hanya perlu blend tiga ke empat slices buah oren dan beberapa biji (tak melebihi 10 biji) buah delima sehingga menjadi pes.

Pes tu korang kena simpan dalam ice tray, kemudian bekukan di dalam freezer selama satu jam. Kiub sitrus tu korang boleh sapukan pada bibir dan biar selama 10 minit, kemudian cuci dengan air sejuk.

Cara ni akan melembapkan serta menambah hidrasi kepada bibir korang. Apa yang best juga kulit bibir akan mendapat vitamin C sekaligus mencerahkannya. Amalkan dua kali sehari tau!

4. Mint & madu

Kalau korang nak merahkan bibir dalam masa seminggu, korang boleh cuba gabungkan dua bahan ni. Apa yang korang perlukan ialah satu sudu besar daun mint dan satu sudu teh madu. Dengan menggunakan jari cuba gaulkan kedua-dua bahan tadi dan sapukan ke bibir.

Kredit: We Heart It

Biarkan selama 10 minit sebelum mencuci bibir dengan air sejuk. Mint dan madu membantu proses pengelupasan dan melembapkan bibir sekaligus menjadikan ia sihat dan cantik.

Tips ni boleh diamalkan dua kali sehari. Barulah bibir merah berseri!

Haa.. mudah kan nak merahkan bibir korang tu? Guna bahan-bahan kat dapur je! Yang penting korang kena lah rajin dan konsisten untuk amalkan tips ni.

Lepas ni nak keluar tak payah susah-susah nak pakai gincu. Korang cuma perlu calit lip gloss dan lip balm je.

Jangan lupa untuk cuba okay! :)

 

Sumber: Fashion LadyFood.ndtvThe Beauty Madness

SKIP THIS AD ×