Pelakon Luqman Hafidz pernah dilanda dengan badai perceraian yang telah mengundang dakwaan pihak ketiga dalam rumah tangga yang dibina.
Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dakwa Orang Ketiga Punca Bercerai, Netizen DM Pernah Nampak Luqman Hafidz & Wanita ‘Free Hair’ Di Pulau Pinang
Artikel Berkaitan: Semoga Tiada Spekulasi Yang Timbul, Luqman Hafidz Mengaku Sudah Bercerai
Tanggungjawab takkan pernah hilang
Ketika ditemui OhBulan!, pelakon filem Ola Bola berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah atau isu dengan bekas isterinya terutama hal yang berkaitan dengan anak mereka. Malah, mereka juga berbincang mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Tak ada masalah, sebab saya berpisah pun dengan cara yang baik. Saya rasa tak ada masalah untuk berbincang tentang anak nak raya dekat mana.
Tambah aktor berusia 32 tahun itu, dia akan melaksanakan tanggungjawab terhadap anak dengan sebaik mungkin. Katanya lagi, dia juga sering berjumpa dengan anak perempuannya itu.
Ditanya mengenai isu pelakon memukul isteri, Luqman menegaskan kaum hawa perlu dihormati dan dilindungi.
Bagi saya angkat tangan tu its a big no lah. Itu adalah mak kepada anak-anak dia dan dalam masa yang sama dia itu perempuan. Mana-mana perempuan pun yang kita tahu secara zahirnya kita kena jaga sebab kekuatan dia bukan macam lelaki jadi kalau kita nak gaduh macam tu rasa tak adil untuk dia juga.
Luqman berkata demikian ketika sesi fotografi kempen Media Prima Seindah Kasih, pada Isnin. Selain Luqman Hafidz, Siti Saleha, Anas Ridzuan, Sasha Abedul, Mimi Lana dan Syafiq Kyle juga antara barisan duta Media Prima Seindah Kasih.
Dalam pada itu, pemilik nama Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi menyatakan setiap individu perlu bijak mengawal emosi bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Kita rasa tak boleh kawal emosi tu kita cari jalan lain, cari orang lain untuk bercerita. Kita keluar dari situasi itu sekejap bagi cool down, kalau dua-dua api terbakarlah rumah.
Terdahulu, perkahwinan yang dibina pada 20 Mac 2020 bersama Nurul Atiqah berakhir dengan perceraian dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eve Laura berusia dua tahun.
Jangan lupa untuk saksikan filem Seindah Kasih The Movie yang turut dibintangi oleh Luqman Hafidz di platform Tonton yang bakal ditayangkan bermula 12 April ini!