berita

‘Luruh Hati Tengok Wayar Berselirat Di Tubuh Adam’ – Ibu Kongsi Keadaan Bayi Lahir Pramatang

July 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang wanita berkongsi keadaan bayinya selepas dilahirkan tidak cukup bulan. Menurut wanita tersebut, anaknya dilahirkan ketika berusia 27 minggu. Lebih menyedihkan, kadar peratusan untuk bayi itu hidup dan kekal sihat agak tipis.

Nampak jantung berlubang

Sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum. Mohon doa semua ahli group agar kesejahteraan Muhammad Adam Fayyad bertambah baik. Adam lahir tak cukup bulan, 27 minggu usia kandungan. Hari ni Day 4 of life Adam. Masa Day 1 Adam, umi sempat pergi tengok adam Ya Allah luruh hati umi bila tengok wayar berselirat kat tubuh anak kecil tu. Doktor explain risiko anak pra matang yang sangat-sangat tak matang 27 week sepanjang hari menangis mohon doa Allah pelihara dan lindungi Adam, selamatkan Adam.

Day 2 of life masa melawat Adam doktor ada bagi tahu result scan nampak jantung Adam ada berlubang. Tapi umi tak tanya detail sebab rungsing sangat bila tengok keadaan Adam dengan ada kuningnya, struggle nak bernafasnya. Doktor minta susu ibu, umi struggle urut bagi rangsang susu keluar tapi tak berjaya. Minta tolong misi kat ward ajar, umi struggle kawal emosi sebab kalau stress susu tak nak keluar. Esok umi dah discharge.

Day 3 of life, alhamdulillah berkat usaha malam hari keesokkannya susu banyak. Dapat la umi tinggal bekal susu umi. Sebelum balik umi pergi melawat adam, Alhamdulillah Adam nampak tenang. Kuning pun dah tak ada sebab Adam pun darah O sama dengan umi dan abah. Jadi Adam kuat boleh lawan kuning. Lama umi teman Adam. Adam buka mata tengok kiri kanan, tiap kali umi cakap adam respon buka mata gerak kaki tangan semua. Lega tengok adam aktif. Tapi sedih sebab dah kena balik tinggal Adam struggle sendiri. Emosi saya dan suami sangat-sangat terganggu.

Menurut ibu kepada Adam, doktor memberitahu bahawa anaknya bakal mengalami pelbagai risiko kerana lahir tidak cukup bulan. Tambahnya, jantung anaknya itu kelihatan berlubang dan mengalami demam kuning.

Mengalami pelbagai gangguan

Sekadar gambar hiasan

Hari ni day 4 of life adam pergi melawat Adam, umi bawak bekal susu untuk Adam. Umi nangis mula nampak Adam berpeluh-peluh muka, leher Adam basah berair. 3 hari sebelum ni adam tak macam ni. Umi risau tanya misi dia suruh tunggu doktor. Kebetulan ada anak baru lahir pramatang baru masuk jadi doktor semua sibuk. Dalam hati doa semoga Adam baik-baik je. Umi hadiahkan zikir, Al-Fatihah untuk Adam. Tak lepas umi doa untuk Adam. Umi nampak Adam macam penat tak macam semalam. Perut Adam pun buncit sikit.

Umi penasaran umi pergi tanya doktor mana yang umi nampak dia free sikit. Doktor cuba jelaskan tapi umi tak reti nak jelaskan kat abah sebab menangis. Umi minta doktor jelaskan pada suami sekali lagi tentang keadaan Adam. Doktor cakap jantung Adam memamg ada lubang kat dinding sebelah atas, walaupun keadaan stabil tapi risiko terlalu tinggi untuk anak yang lahir 27 mingu untuk survive. Doktor cakap kes di Malaysia 50% yang lahir 27 minggu sahaja yang berjaya survive. Jika dia besar pun berkemungkinan dia akan ada ganguan dari segi pembelajaran, penglihatan, pendengaran, ada masalah paru-paru, atau masalah kesihatan yang lain.

Perut adam nampak buncit sebab doktor baru on susu, tak tahu lagi result samada usus adam boleh terima ke tak sebab organ adam semua belom matang. Emosi saya dan suami sangat tergangu. Doakan kami kuat. Mohon doakan Adam juga kuat. Dipermudahkan segala urusan.

Ujarnya lagi, keadaan Adam semasa hari keempat membuatnya semakin risau. Perut bayi tersebut kelihatan buncit sedikit dan doktor memaklumkan potensi untuk Adam bertahan hanya 50 peratus sahaja. Sebagai ibu, wanita itu memohon doa daripada seluruh masyarakat agar anaknya mampu bertahan.

Sumber: Muhammad Adam Fayyad via Kelab Ibu Hamil & Bersalin Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

×