Usahawan sensasi Lydia Rosli mengakui telah berhabis ratusan ribu ringgit melakukan pembedahan membuang perut dan lemak agar kelihatan cantik di mata bakal suami.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Jumpa Lelaki Yang Tak Boleh Pegang Tangan’- Lydia Rosli
Artikel Berkaitan: Dah Kenal Hampir Dua Tahun, Tyzo Nafi ‘Friendzone’ Lydia Rosli – ‘Saya Tak Kenakan Dia’
Buat badan untuk bakal suami
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Lydia berkata, dia berjaya menurunkan berat badan hampir 15 kilogram susulan melakukan pembedahan di sebuah hospital swasta pada tahun lalu.
Dulu berat saya 85 kilogram dan nampak sangat berisi. Sekarang sudah 70 kilogram. Saya memang nak kecilkan badan untuk kelihatan cantik. Secara jujur, saya rasa lebih cantik ketika umur 47 tahun berbanding zaman muda. Terus ada keyakinan dan rasa nak kahwin semula.
Saya rasa yakin untuk malam pertama nanti. Tetapi, si dia pula yang tak bersedia nak kahwin. Saya anggap itu alasan dan saya hormat keputusan dia. Mungkin ini jalan terbaik untuk saya tambah lagi keyakinan diri.
Tambah Lydia, tahun lalu dia ada menyimpan perasaan terhadap seseorang namun, cintanya itu tidak berbalas. Meskipun agak sedikit kecewa, Lydia berkata, dia tidak pernah menyesal menghabiskan RM200,00 untuk melakukan pembedahan tersebut.
Kalau tanya menyesal atau tidak buat badan ini, saya kata tak. Selepas berkawan dengan si dia, saya akan bersiap hari-hari untuk lebih cantik. Saya bersikap terbuka dan ramai yang beri pujian. Soal jodoh itu Allah yang pegang hati dia. Kalau bukan dia jodoh saya, saya tak kisah.
Kakak kepada Kak Km ini turut memberitahu kepada OhBulan! bahawa hatinya sudah terbuka untuk mengenali mana-mana lelaki.
Sebelum ini saya tak ada kawan. Tengok lelaki saya rasa kosong. Sekarang tengok lelaki baru okey. Dulu rasa kosong sebab trauma dengan perkahwinan kedua. Saya tak benci lelaki, cuma rasa tak ada apa-apa dekat mereka. Lelaki tak boleh ubah saya. Saya bekerja keras cari duit masa itu.
Apabila si dia hadir dalam hidup saya sekejap, saya terus jadi cair. Dia pandai berkata-kata dan sentiasa memuji kecantikan saya ketika kami di fasa bahagia.
Di akhir temu bual, OhBulan! cuba untuk bertanya mengenai ‘si dia’ yang dimaksudkan oleh Lydia. Ujar Lydia, dia tidak mahu mendedahkan identiti individu tersebut.
Biar saya dan keluarga sahaja yang tahu siapa ‘si dia’ itu. Lagipun ianya sudah berlalu. Kami masih berkawan baik.