Sifu muzik tersohor Datuk M. Nasir berseloroh dengan penonton yang hadir pada konsertnya iaitu Gendang Pati Live In Kuala Lumpur baru-baru ini mengenai konsert penyanyi Aina Abdul.
Artikel Berkaitan: Merinding! Konsert Gendang Pati Sifu M. Nasir Buat Penonton Bagai ‘Dirasuk’ Roh Nusantara
Artikel Berkaitan: Cukup Seorang Aina Abdul Mampu Tawan 10,000 Penonton! Ini 10 Momen Menarik ‘A Night With Aina Abdul 3.0’
Tak menyesal?
M. Nasir dalam nada bergurau bertanyakan kepada penonton adakah mereka tidak berasal menyesal kerana tidak menghadiri konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung serentak dengan konsertnya.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik dalam media sosial, penonton dilihat terhibur dah tertawa dengan pertanyaan tersebut.
Rakaman video itu turut menyorot perhatian Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30.
Aina menerusi hantaran di Instagram Story berkata dia sebaliknya yang berasa ralat kerana tidak dapat menyaksikan konsert M Nasir yang berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC), Sabtu lalu.
Saya yang ralat tak dapat pergi konsert Datuk. Terima kasih kerana ingat saya, Datuk. Saya sangat bangga dan bertuah.
Pada 18 November lalu, dua konsert telah berlangsung secara serentak iaitu Gendang Pati Live In Kuala Lumpur dan A Night With Aina Abdul 3.0.