Menerusi Sinar Harian, penyanyi Ifa Raziah kini sudah membuat satu laporan polis kerana disentuh penyanyi Sheeda Dangdut malam semalam. Video Sheeda yang dirakam anaknya itu dimuat naik di akaun Instagramnya menjadi tanda tanya apakah kemelut sebenarnya yang berlaku di antara kedua-dua bintang dangdut itu.
Bergaduh ke?
Aku nak bersemuka banyak hal lagi dengan kau. Oi belakang, belakang cakap pasal aku, kat melodi buat keluar cerita pasal aku. Kenapa kau tak nak bersemuka dengan kau? Rupa je cantik tapi hati busuk. Memang jahat, propa. Perempuan bodoh. Bodoh lah kau! Bangang!
Video tular yang berdurasi 39 saat itu menimbulkan tanda tanya netizen. Rata-ratanya menganggap perkara itu gimik, namun menerusi Sinar Harian, Ifa Raziah dikatakan sudah membuat laporan polis.
Siapa sentuh, dia salah
Saya di balai polis buat laporan. Siapa yang sentuh dia yang salah
Ifa turut mengeluarkan kenyataan bahawa pihak Sheeda bersalah kerana menyentuh dirinya terlebih dahulu. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja. Mungkin ada perselisihan faham yang berlaku.
Sumber : Sinar Harian