Penyanyi dangdut, Ani Maiyuni memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa merahsiakan penderitaan yang ditanggung arwah Adibah Noor selama ini.
Artikel berkaitan: ‘Kehilangan Yang Tiada Ganti’ – Nam Ron Tahu Adibah Noor Hidap Kanser Bulan Lepas
Artikel berkaitan: Belangsungkawa Adibah Noor, ‘Kau Terlalu Istimewa’
Artikel berkaitan: Hidap Kanser Ovari, Adibah Noor Meninggal Dunia
Maaf, kami terpaksa simpan rahsia
Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza. Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.
Menurut Ani, dia perlu memegang amanah Adibah Noor dan tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain. Ujar Ani, dia dan rakan-rakan GV menyangka Adibah Noor terkena jangkitan Covid-19. Namun, siapa sangka insan yang baik itu diuji dengan penyakit kanser.
Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu.
Jelas Ani lagi, Adibah perlu berpantang dan mempunyai rehat yang secukupnya. Oleh itu, arwah tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi.
Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat.
Sumber: Harian Metro