Membesarkan anak yang masih kecil bukan suatu perkara yang mudah bagi seorang ibu muda. Lebih-lebih lagi tidak mempunyai suami di sisi. Di Facebook, Syed Azmi berkongsi satu kisah di mana seorang wanita meminta bantuan susu daripadanya. Lebih menyedihkan, bayi yang dijaga itu merupakan anak hasil luar nikah wanita tersebut.
Menjalani kehidupan tanpa putus asa
Assalamualaikum tuan, salam Subuh dan maaf ganggu. Sebelum ni pada 31 march tuan ada tolong saya untuk bantuan susu anak. Saya nak ws tuan saya was2 dan takut tapi saya terpaksa juga ws. Saya bukan nak ape tuan cuma saya nak tanya kalau ada bantuan susu saya memerlukan untuk anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. Saya buat masa ni tak berkerja. Saya pun segan juga minta-minta di fb. Tapi untuk anak saya sanggup. Anak saya ni anak luar nikah tapi saya yang juga sendiri kecuali saya kerja baru saya hantar rumah kawan untuk juga kan. Saya nak minta tolong family susah juga sebab krisis pasal status anak saya ni ada yang tak suka(keluarga) harap ada rezeki untuk anak saya tuan. Maaf sebab minta bantuan kali ke 2 harap tuan tak marah saya.
Kalau boleh lepas ni saya cari kerja yang dekat dengan tempat saya tinggal sekarang ,dekat tempat kawan yang saya hantar anak untuk jaga kan sementara kalau saya kerja untuk terus kan hidup dan besarkan anak sendiri.
Menurut wanita tersebut, sebelum ini Syed Azmi pernah membantunya dan memberikan bantuan susu. Oleh itu, dia cuba untuk menghubungi semula dan meminta bantuan yang sama. Tambahnya, dia tidak dapat bekerja memandangkan perintah kawalan baru-baru ini.
Ujarnya lagi, demi anak tersayang dia sanggup meminta pertolongan walaupun anak tersebut merupakan anak luar nikah. Wanita tersebut juga, berjanji akan mencari kerja baru untuk meneruskan hidup bersama anaknya. Dia juga berharap dapat pulang ke pangkuan keluarga dan memperbaiki kesilapan lampau.
Ayah dia dah bahagia
Ayah pada anak ni ada dia dah bahagia dengan yang lain tuan. Saya pun tak nak ingat pasal banda yang lepas. Cukup ada anak ni dengan saya. Kepada mereka yang kat luar sane, umur yang muda-muda ni jangan percaya atau kejar cinta (ayat manis lelaki maaf tak semua) menyesal tak guna, jaga diri yang ada mak ayah lagi tu jangan buat mereka malu dengan sikap kita baru nak up ni. Dengar kata mak ayah, ada setengah perempuan macam kami boleh terima anak jaga anak. Tapi ada yang setengah tak boleh terima apa yang dah jadi, kadang-kadang banyak yang bunuh bayi, kita tanggung yang si pembuat senang suka sana sini. Nak menyesal dah tak guna.
Saya tak salahkan keluarga terutama mek abah sebab mereka tak didik saya macam ni. Saya yang leka dunia luar dunia nak enjoy. Hujungnya mcam ni. Tapi Allah masih buka hati saya untuk anak ni, sampai sekarang dia masih dengan saya walaupun ada yang minta. Tapi saya tak nak bagi siapa-siapa.Itu lah harta yang Allah bagi pada saya tak ternilai harganya. Ini amanah saya terima.
Bercerita mengenai masa lampau, wanita itu memberitahu bahawa ayah kepada anaknya itu sudah bahagia bersama wanita lain. Sebagai wanita, dia juga tidak mahu mengenangkan perkara yang lepas. Beberapa pesanan turut diberikan kepada remaja di luar sana. Antaranya, mereka tidak perlu mengejar cinta dan jangan mudah percaya kata-kata manis. Di samping itu, dia juga berpesan agar remaja di luar sana perlu mendengar nasihat ibu bapa dan menjaga imej keluarga.
Sumber: Syed Azmi