Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai satu kes tembakan bersenjata yang telah berlaku di salah sebuah pusat membeli-belah di Wilayah Lop Buri, Thailand. Tragedi ngeri yang berlaku itu bukan sahaja mencemaskan pelanggan di sana malah telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 3 orang termasuk seorang kanak-kanak berusia 2 tahun.
Terbaru, ibu kanak-kanak itu telah memuatnaik satu status di Facebook, I’wi Wilaiwan Triton dengan meluahkan isi hati dan perasaan sedih yang menyelubungi dirinya berikutan daripada kehilangan anak kesayangannya dalam kejadian itu.
Ditembak di bahagian kepala
Kejadian itu dikatakan berlaku semasa mereka sekeluarga sedang berjalan-jalan di pusat membeli-belah tetapi lain pula yang jadinya apabila kanak-kanak berusia 2 tahun itu tiba-tiba diserang dan ditembak oleh penjenayah bersenjata yang melakukan rompakan di kawasan itu.
Menerusi beberapa foto yang diambil daripada rakamanan kamera litar tertutup (CCTV), memperlihatkan ibu kanak-kanak tersebut meraung sambil meminta pertolongan orang awam untuk membantu anaknya itu. Ibu mangsa juga dilihat terus memeluk mangsa sambil memegang bahagian kepala anaknya yang ditembak oleh perompak tersebut.
Maafkan ibu dan ayah, anak
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=971444339915781&id=100011506726183
Ibu mangsa yang masih trauma dan sedih dengan kehilangan anak tersayang telah memuatnaik satu hantaran di laman Facebook dengan meluahkan isi hatinya mengenai rasa pilu serta sedih dengan kejadian tersebut. Bukan itu sahaja, ibu mangsa juga turut kesal dan kecewa kerana kehilangan anak di tangan seorang perompak.
Saya tidak pernah menyangka perkara ini akan terjadi kepada diri saya. Ia berlaku dengan sangat cepat. Ibu dan ayah akan sentiasa sayangkan kamu. Maaf kerana tidak mampu melindungi dan menolong kamu, anak.
Terima kasih semua
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=972346946492187&id=100011506726183
Sementara itu, menerusi perkongsiannya yang terbaru dia meluahkan rasa syukur kepada semua orang datang dan mendoakan kesejahteraan anaknya. Dia juga turut berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan komen positif serta memberi kata-kata sokongan dan dorongan kerana kata-kata tersebut telah membantu dirinya dan suami untuk terus kuat dan bersemangat menempuhi dugaan ini.
Sumber: I’wi Wilaiwan Triton, Sinar Harian