Meskipun dilanda ujian hebat, Intan Liana sehingga ke hari ini sedikit pun tidak mendedahkan kisah rumahtangga dan aib suaminya kepada umum. Jika dilihat di laman Instagramnya, beliau tidak putus-putus menerima kata-kata semangat daripada netizen tidak kurang juga dari artis. Sebelum ini, penyanyi dangdut juga rakan kepada Intan mendedahkan sebab mengapa Intan tidak bekerja.
Artikel berkaitan : ‘Dia Akur Kehendak Suami’ – Ani Mayuni Dedah Intan Berhenti Kerja Demi Ude, Akhirnya…
Intan menerusi laman Instagram menjelaskan perkara ini dan mohon ianya tidak diperbesarkan lagi.
Tak nak hal diperbesarkan, sangat peribadi
Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan Intan terpaksa akur dengan permintaan Ude yang mahunya berhenti kerja. Intan juga dikatakan mempunyai kerjaya tetapi tidak diberi keizinan oleh suami selepas berkahwin.
Namun menerusi perkongsian terbaru Intan di Instagram, beliau memohon supaya isu kerja ini tidak dikaitkan dalam kes rumahtangga mereka. Tambahnya lagi, perkara itu adalah perbincangan dan persetujuan bersama suami isteri. Oleh itu, Intan tidak mahu hal ini perbesarkan lagi kerana ianya terlalu peribadi.
Respect dengan Intan – Netizen
Di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Intan yang sehingga ke hari ini menjaga nama baik suaminya Ude Wahid. Netizen sangat mengagumi kecekalan Intan yang langsung tidak menyalahkan orang lain di atas apa yang terjadi sebelum ini. Semoga Intan sentiasa cekal dan dimurahkan rezeki berlipat ganda.
Sumber : Instagram __iiiintvnroxs