Seperti yang kita semua sedia maklum, sebilangan besar perkerja MAS akan diberhentikan untuk pengstrukturan semula syarikat tersebut.
Antara selebriti yang prihatin dengan situasi ini adalah Chef Wan yang berkongsi rasa kesalnya apabila ramai sahabatnya terpaksa berhenti kerja.
Artikel Berkaitan: Chef Wan Dedah Perbualan ‘Mengejutkan’ Dengan Bekas CEO MAS
Malah, pasangan ini juga meluahkan rasa sedihnya di laman sosial apabila turut menjadi mangsa keadaan ini.
Akan Luang Lebih Masa Dengan Anak…
Terkini, menerusi laporan mynewshub, Penerbangan Malaysia (MAS) telah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya pada Isnin dan daripada jumlah itu kontrak 6,000 pekerja akan ditamatkan manakala 14,000 lagi ditawarkan bekerja dengan syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd group (MAS Bhd).