berita

‘Maafkan Mama Sayang, Tak Lindungi & Bawa Kamu Pergi Taman’ – Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Dijangkiti Influenza A

January 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Wabak influenza A dilihat semakin serius dan menular dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak. Serangan wabak influenza ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan seseorang malah ianya juga boleh membawa maut. Disebabkan itu, ramai dalam kalangan ibu bapa kini telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan anak daripada dijangkiti wabak ini.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Herni Hussin menceritakan detik cemas yang dilalui mereka sekeluarga apabila anaknya, Umar Naufal tiba-tiba diserang demam. Namun apa yang paling menyedihkan selepas dia membawa anaknya itu ke hospital dan doktor mengesahkan bahawa Umar telah dijangkiti Influenza A.

Suhu tak turun-turun

For those yang ada dm aku tapi aku tak reply. Sorry tak sempat nak reply. Jawapan untuk pertanyaan korang aku jawab kat sini. Yes, Umar Naufal positif influenza A! Not B or C, it’s A! Meh aku bagi kronologi sikit.

Pada 6 Januari 2020, Umar Naufal start masuk playschool for first day. First day dia memang tak ada masalah, budak lain datang playschool nangis-nangis nak balik, anak aku masuk pintu sekolah terus terlompat-lompat tak ingat mak pak dia. Balik dari sekolah, aku yang ambil dia. Memang aku dah rasa dedor badan dia tapi aku tak check suhu sebab dedor je then dia still aktif semua.

7 Januri 2020, pagi tu dia macam biasa, masih aktif. Badan tak ada dedor. Okay je. Masih excited nak pergi sekolah walaupun budak lain masih menangis-nangis tak nak sekolah. Balik petang tu husband aku yang amik. Dia cakap badan anak panas tapi teacher tak cakap apa-apa, call inform aku pun tak. Jadi aku tak pasti badan dia panas sangat-sangat dari pukul berapa. Aku check suhu 39.5°c!! Dekat rumah memang aku ada simpan syrup pcm, terus aku bagi. Dan malam tu juga dia mula lemah, tak aktif. Makan pun sikit je. Selsema dengan batuk pun dah mula.

8 Januari 2020, ni kemuncak demam. Aku bagi dia syrup pcm every 6 hourly. Aku check temperature dia 39.2-39.8. Adoi kenapa lah tak turun-turun demam ni? Umar Naufal makin lemah, tak aktif. Dia asyik nak memerap. Aku bagi makan pun sikit je makannya. Tengah hari tu aku tidurkan dia. Dia meracau waktu tidur. Terkejut-kejut tidur. Aku tak sedap hati, pukul 2 aku bawa dia pergi Klinik Kesihatan Taman Medan. Ramainya lah manusia kat KK ni, aku dah macam menyesal pergi KK. Umar Naufal pula nak berdukung je. Tak nak jalan. Yelah dia demam tinggi tak larat lah. Hampir 45 minit tunggu, baru aku boleh register. Lepas register, terus diarah untuk ambil vital sign. Nurse check temperature, 39.1°c. Dia suruh aku pergi bilik 17,untuk ambil darah fbc. Dah ambil darah, kena hantar darah ke makmal dan tunggu result. Dapat result jumpa doktor.

Suspek demam denggi

Doktor check Umar Naufal dan result darah. WBC : 3.2 HB :12.2 PLATELET :110. Platelet drop. Dr suspek demam denggi. Dr suruh buat combo denggi test. Sekali lagi pergi makmal, tunggu result 45 minit. Result NS1:negative, IgG:negative IgM:negative. Jumpa dr. Dr cakap walaupun result negative demam denggi, kita still treat as denggi. Aku macam speechless kejap. Okay, doktor suruh datang hari-hari untuk amik fbc. Aku tanya bukan influenza ke Dr? Dia cakap buat masa sekarang tak ada tanda-tanda influenza?

Balik rumah aku masih tak sedap hati. Naluri mak-mak. U know what i mean. Then, ada doktor tempat aku kerja Whatsapp aku tanya ada buat influenza screening test tak. Aku cakap tak ada sebab KK tak ada test tu. Dia suggest aku untuk pergi private centre buat test tu. Gigih lah aku Google dekat mana aku boleh buat test tu. Then aku jumpa Klinik Dr Leong Subang. Ini yang paling dekat dengan aku. Aku call klinik tu then dia cakap memang ada test tu kat klinik dia. Aku pun lincah call husband, suruh dia balik awal sikit sebab nak pergi Subang. Husband aku pun setuju. Dia balik kerja berdesup kitorang terus pergi klinik Dr. Leong.

Sampai klinik, register. Tak sampai 15 min, doktor panggil masuk bilik. Biasalah private clinic kan memang cepat lah. Then doktor tanya Umar Naufal ada pergi taska ke, aku cakap ya, dia baru start 2 hari. Doktor cakap impossible boleh dapat dari taska. Doktor tanya lagi ada bawa dia pergi tempat orang ramai ke weekend hari tu and aku fikir semula. Ada! Ahad lepas aku bawa Umar Naufal main dekat taman permainan area rumah aku. Doktor pun senyum cakap dekat aku kemungkinan besar dia dapat dari taman tu. Aku dah macam ‘maafkan mama sayang, mama tak protect kamu, mama bawak kamu pergi taman’.

Dijangkiti Influenza A positif

Doktor pun start buat influenza screening test. Dia ambil sample dari hidung. Tak perlu ambil darah pun untuk influenza screening test. Cuma perlu nasal swab. Budak kecik tu memang meraung lah time doktor korek hidung dia. Result tak amik masa lama. Kit screening test dia macam pregnancy test tu haa. Tunggu dia naik line je. Mula-mula aku ingat negatif. Aku dah lega tapi doktor cakap tunggu sampai kit tu betul-betul kering. Tadaa! Influenza A positive masa tu aku rasa macam nak suruh doktor buat 10x semula, macam tak percaya. Aku tarik nafas mengeluh.

Doktor terangkan dekat aku. Keputusan positif influenza A. Tapi dekat klinik dia tak ada ubat Tamiflu. Dia cakap Sunway Medical Centre dan Subang Jaya Medical Centre pun dah tak ada stok. Dia minta aku try pergi Columbia Asia hospital. Aku hanya mampu mengangguk. Dalam otak aku dah fikir macam-macam. Habis jumpa doktor. Total yang aku kena bayar RM80. Doktor bagi full referral letter untuk aku bawa pergi mana-mana hospital yang aku pilih nak pergi.

Dalam kereta aku cuba untuk fokuskan kepala otak aku semula. Aku bincang dengan husband aku nak bawa Umar Naufal pergi ke mana. Aku cakap aku ada buatkan Umar Naufal insurans tapi masih dalam waiting period. Kalau tak, kita dah boleh guna medical card dia tu. Time ni aku rasa macam kenapa lah aku tak buat medical card tu awal-awal. Rasa menyesal gila tapi apa nak buat benda dah jadi. Sekurang-kurangnya sekarang aku dah ada medical card tu, akan datang aku dah boleh guna walaupun sekarang masih tak boleh lagi.

Aku whatsapp kawan-kawan aku tanya sama ada ED WCHKL terima ke tak patient influenza A. Dorang suggest aku terus pergi ED WCHKL. Dalam masa yang sama aku call semua private centre terdekat dengan aku. Sunway Medical Centre bagitahu tamiflu dekat diorang limited stock, just untuk patient in ward sahaja, wad diorang pun dah penuh. Aku call Columbia Asia Puchong jawapan yang sama aku dapat. Aku call Columbia Asia Hospital Bukit Rimau, diorang cakap ubat ada, wad pun masih ada tapi dah hampir penuh. Aku bincang dengan suami aku kita nak pergi mana ni. Akhirnya aku yang buat keputusan untuk pergi ED WCHKL

Kena tunggu 6 jam

Sampai dekat kaunter ED paeds WCH, medical assistant (MA) dekat depan dah maklumkan aku kemungkinan lambat nak jumpa doktor ambil masa 4-5 jam. Masa tu aku dah goyah sikit tapi aku redah je lah. Tunggu punya tunggu sampai beku tangan kebas punggung. Dari pukul 10.30 malam sampai pukul 4.30 pagi baru nama Umar Naufal kena panggil. 6 jam tunggu. Ada pesakit dari pukul 4.30 petang, pukul 3 pagi baru panggil. Walaupun aku kerja WCH, aku faham sistem HIS tu memang melambatkan kerja tapi ini terlampau lambat. Staff tak cukup. Patient with symptoms of influenza punya lah ramai. Sampaikan husband aku cakap kalau suruh dia kerja sini pun dia memang tak sanggup, penat dan stress!

MA yang duduk dekat secondary triage. Aku respect gila-gila. Dia sorang kena buat semua kerja. Dia lah yang buat vital sign patient ambil history semua dan dia lah yang enter dalam komputer untuk masuk nama dalam sistem. Yang tu memang aku salute gila. Terima kasih untuk awak yang dah berkhidmat dengan segala kudrat yang ada minum air pun tak sempat kan? Masuk jumpa doktor dan aku terkejut bila doktor cakap ubat tamiflu tak ada, cuma untuk critical ill patient yang dekat ICU sahaja.

9 Januari 2020, Umar Naufal makin lembik dan lemah. Tak larat sangat-sangat dah aku tengok tapi alhamdulillah dia still nak minum air walaupun sikit-sikit. Makan memang langsung tak nak, susu pun sama. Petang tu aku decide bawa dia pergi Columbia Asia Hospital Bukit Rimau. Sampai sana, admin memang cakap awal-awal ward dah penuh tak boleh terima admission lagi. Aku cakap kalau nak beli ubat Tamiflu je boleh ke? Diorang cakap boleh, alhamdulillah. Kena charge RM71. Tak ada lah mahal mana masih boleh beli lagi. Balik rumah aku terus bagi ubat tu.

Alhamdulillah, suhu dah okay

Keesokan harinya, bangun pagi aku rasa kepala Umar Naufal dah tak panas. Alhamdulillah. Suhu okay dah. Aku rasa lega. Cuma dia masih tak nak makan, merengek dan meragam sampai baba dia tak boleh pergi kerja. Aku masakkan bubur. Dia tak nak makan. Bagi susu, cuma 3 oz je dia minum. Tapi masih minum lah dari tak minum langsung. Dia asyik menangis je. Mungkin rasa badan sakit-sakit agaknya, masih terbaring. At least dia dah nak senyum. Aku tarik nafas lega. Rindu nak tengok anak aku senyum, ketawa bergaduh dengan aku. Alhamdulillah.

11 Januari 2020, Umar Naufal dah semakin baik. Dah mula nak makan dan minum susu. Badan dah tak panas. Dah boleh senyum dah boleh ketawa. Alhamdulillah, terima kasih Allah beri kesembuhan untuk anak aku. Lepas Umar Naufal dah betul-betul sihat, mama nak bawa anak mama pergi amik vaksin influenza. Rasanya bukan Umar Naufal je, mama dengan baba pun perlu ambil vaksin ni.

Moral of the story , vaksin lah anak anda. Berikan perlindungan yang lengkap untuk mereka. Sanggupkah anda melihat kesengsaraan anak anda disebabkan kecuaian anda sendiri. Jangan bawa anak pergi tempat tumpuan orang ramai atau taman permainan sekiranya anak tak sihat. Jangan jadi agen penyebaran wabak penyakit. Tak mati anak anda jika tak dapat main taman permainan ketika dia sakit, ada banyak masa sihat dia yang anda boleh bawa. Buatlah insurans medical card untukk anak anda. Banyak kelebihan yang ada dan sangat-sangat diperlukan ketika dalam kecemasan.

Sumber: Herni Hussin

SKIP THIS AD ×