berita

‘Macam Dia Pula Yang Boss, Padahal Level Sama Saja’

February 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Alam pekerjaan sememangnya tidak terlepas dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Pasti ada sahaja konflik dalam kalangan pekerja mahupun majikan yang akan berlaku dalam sesebuah syarikat.

Seperti kisah pengguna Facebook Ir Abdul Rahman, dia berkongsi pengalaman dibuli rakan sekerja sewaktu bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan. Namun, perbuatan rakannya itu akhirnya terbongkar lalu mendapat surat amaran daripada majikan mereka.

Semoga memberi pedoman

Eh, Macam dia pula yang boss. Level sama saja dengan aku. Pernah tak korg rasa ada rakan sekerja yang jawatannya sama level dengan korang, tapi lagaknya MasyaAllah mengalahkan Boss? Aku ada pengalaman ni. Moga cerita aku kali ini boleh memberi sedikit pedoman. Al-kisah. Masa zaman aku fresh grad dulu, aku bekerja di syarikat kejuruteraan yang ku namakan Company A sebagai Project Engineer. Masa aku baru masuk Company A, ada seorang lagi Project Engineer yang aku namakan B. B baru masuk kerja 2 bulan lebih awal dari aku. So, boleh dikatakan B tau lah serba sedikit pasal operation Company A lebih dari aku. Namun, ada 5 babak dengan B ni yang buat aku akan ingat sampai bila-bila.

Babak pertama. Nak dijadikan cerita, satu hari tu Boss aku suruh B pergi site selama seminggu dan disuruhnya B bawak aku sekali. Kononnya bila bawak aku sekali, boleh B train aku. So, B pun informed aku pasal direction Boss kat dia. Man, Boss suruh aku bawak kau pergi site. Nak ikut tak? Eh, mestilah! (dengan nada excited). Aku nak belajar macam-macam daripada kau ni. Okay, disebabkan kau nak ikut. Kau tolong book hotel kita ek? Kau pilih hotel bawah RM100. Boss bagi aku petty cash dalam RM2,000. Kalau RM100 satu malam, cukup lah petty cash ni cover lodging kita kat site seminggu.

Wah, dapat RM2,000! Banyak tu. Selain hotel, balance petty cash tu nak buat apa? Selain bayar hotel, duit ni guna nak isi minyak kereta company, nak beli apa2 yang patut nak guna kat site. Macam cat ke, skru ke dan lain-lain (Panjang lebar B explain kat aku). Oooo..ok faham. Aku book hotel sekarang ye. Alang-alang kau dah book hotel, kau isikan minyak kereta sekali tau. Tanpa ada rasa curiga, aku ikutkan saja cakap B. B kan senior aku 2 bulan.

Tidur sepanjang perjalanan

Sekadar gambar hiasan

Babak kedua. Okay, hotel pun dah dapat. Minyak kereta company pun dah isi. Sampai lah masanya nak decide siapa yang nak drive. B memulakan bicara. Man, semalam aku tidur lambat. Mengantuk lah. Ko drive ye. Lagi sekali, tanpa rasa curiga. Aku okay kan saja apa yang B suruh. So, di awal perjalanan ke site, aku pun berborak-boraklah dengan B. B, kau asal mana? Rumah orang tua aku dekat je dengan site yang kita nak pergi ni. Owh, kira kau balik kampung lah ni ye. Sambil menyelam minum air jawabnya. Okay lah Man, aku mengantuk ni. Aku nak tidur jap. Sepanjang perjalanan 4 jam ke site, B tidur. Siap pakej berdengkur lagi. Sabar je lah. Macam bawa boss pula pergi site.

Babak ketiga. So, aku dan B akhirnya sampai ke destinasi yang dituju. Kami pun punggah lah beg-beg kami dari kereta nak check-in hotel. Tiba-tiba, baru aku perasan. Ya Allah, aku tertinggal safety boot pulak. Adehhhh, macam mana nak masuk site besok. B bertanya Allah, ye ke? Ko pakai size berapa? Aku memberitahu pakai size 7. Lalu dia memberitahu size kakinya dan aku sama. Tapi kalau aku bagi kau pakai. Aku pulak yang tak ada safety boot esok.

Petty cash ada balance nanti kan? Boleh aku guna RM200 beli safety boot tak aku bertanya pada si B. Tak boleh, petty cash ni guna untuk beli barang-barang company. Tak boleh guna untuk berang persendirinan. Aduhai, habis tu macam mana ni? Aku call Boss dulu. Kau bawak barang-barang masuk dalam bilik hotel. Kunci kereta bagi dekat aku. Aku iyakan kata-kata B. B kan senior aku 2 bulan. So, aku punggah lah barang-barang ke bilik hotel. Nampak B sedang menelefon seseorang. Maybe dia call Boss kot pasal hal safety boot aku.

Hantar balik ke rumah keluarga

Sekadar gambar hiasan

Babak keempat. Lepas aku dah punggah barang-barang ke bilik (ada lah sejam jugak). B tak masuk-masuk bilik lagi walaupun 3 jam dah masa berlalu. Aku heran, aku pun telefon B. B, kau dekat mana? Dia menjawab dia balik rumah family sekejap. Lagi 15 minit aku sampai hotel. Okay. Dalam masa 20 minit, B sampai dekat bilik. Dia bawa satu plastik dari sebuah pasar raya yang membuatkan aku tertanya-tanya. Dah tertanya, kena lah bertanya kan. So, aku pun bertanya lah ke B.

Apa benda tu B? Safety boot aku beli tadi. Red Wings ni (dengan nada bangga). Perggghhh..Mantap. Untuk aku ke Tak lah, ni aku punya. Aku beli pakai petty cash company. Nak masuk site esok, kau pakai safety boot lama aku ni. Eh, kau kata tak boleh guna duit tu beli barang persendirian? Eh, aku cakap macam tu ek? Bila masa pula aku cakap macam tu? Safety boot ni kan keperluan kita nak buat kerja untuk company. Boleh lah pakai petty cash tu. Aku dah rasa lain macam ngan B ni. Cakap berpusing-pusing. Aku ingat lagi apa dia cakap 4 jam lepas. Tapi aku diamkan je. B kan senior aku 2 bulan. Aku ambil je safety boot yang B bagi. Daripada tak ada. Baik pakai je safety boot yang ada ni. Aku dan B tidur merehatkan diri.

Babak kelima. Keesokkan harinya, aku dan B bergerak ke site. Lagi sekali, aku kena drive. Tapi, tengah-tengah perjalanan, B suruh aku hantar dia dekat rumah keluarga dia. Aku peliklah sebab siapa yang nak train aku kat site nanti. Dah lah aku baru masuk kerja. Maka aku tanya B. Kalau kau balik rumah keluarga kau. Siapa nak setel kt site ni? Alah, kau leh setelnya. Senang saja kerjanya. Tukar bateri je pun. Nanti pandai-pandailah aku goreng dengan Boss. Aku tak membantah, aku hantar B ke rumah family dia lepas dia tunjukkan jalan ke rumah family dia. Maka, sorang-soranglah aku buat kerja kat site. Setiap sejam, B hantar WhatApp kat aku tanya progress. Eh macam dia pula yang boss. Level sama saja dengan aku. Tapi, aku hantar jugak picture2 progress kerja aku dekat site sebab B kan senior aku 2 bulan.

Dapat surat amaran

Sekadar gambar hiasan

5 minit kemudian surprisingly, B forward gambar-gambar kerja aku dekat group Whatsapp syarikat dengan kapsyen “Boss, progress look good. We on the right track to finish the job on time”. Pergh ini sudah lebih! Dah lah aku buat kerja kat site sorang-sorang, pastu dia pulak amik credit ni. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Boss aku tahu apa jadi dekat site sebab client report dekat dia. Balik-balik dari site, B dapat surat amaran.

So, guys. Dalam kita bekerja, kita perlu lah amanah dalam menjalankan kerja diberikan. Jangan kita menganiya orang. Jangan kita bermuka-muka. Paling penting, kita jangan dadi pembaris sangat.Bila kita lurus sangat. Orang akan ambil kesempatan ke atas kita. Lepas saja peristiwa dengan B. Tak ada dah ayat “Kan B senior aku 2 bulan” dalam kamus hidup aku. B, kalau ko baca post ni. Terima kasih bro. Kau telah bagi aku pengalaman yang sangat berharga. No hard feelings ya. Post ni untuk kebaikan umat sejagat. Moga bermanfaat.

Sumber: Ir Abdul Rahman

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×