berita

‘Macam Gaya Jamal Abdillah’ – Video Temuramah Farid Kamil Raih Perhatian

March 23rd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Tiktok, viral sebuah rakaman video yang memaparkan sesi temuramah para media bersama pelakon, Farid Kamil ketika sidang media filem Anwar, The Untold Story di W Hotel, awal bulan Mac yang lalu.

Artikel berkaitan: ‘Saya Tolak Rasuah RM5 Juta Pada Tahun 2017’ – Farid Kamil

Artikel berkaitan: ‘Tak Rasa Bersalah Jadi Perosak Rumah Tangga?’

Macam Datuk Jamal

@kemasrumahmuar

kancing gigi #faridkamil

? original sound – kemasrumahmuar – kemasrumahmuar

Menerusi rakaman video tersebut, netizen berkata gaya, mulut dan cara bercakap Farid Kamil seolah sama seperti penyanyi tanah air, Datuk Jamal Abdillah. Bukan itu sahaja, netizen turut mempersoalkan mengapa pelakon filem ‘Lagenda Budak Setan’ itu sering ‘kacip gigi’ tatkala bercakap.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen bersangka baik dan menganggap Farid sudah terbiasa dengan cara sebegitu.

Terdahulu, isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle dilaporkan membuat permohonan cerai pada awal bulan ini dengan memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana, bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sesi yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Isnin lalu.

Sumber: Tiktok

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×