Tiada angin tiada ribut, nama pelakon, Ahirine Ahiruddin dipetik sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. Dakwaan tersebut berlaku apabila Ahirine dipercayai sering mempamerkan keakraban bersama Farid di media sosial.
Artikel berkaitan: ‘Farid & Diana Baik-Baik Sahaja, Mereka Nampak Sangat Gembira Masa Tunaikan Umrah’ – Roslan Shah
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Fail Cerai, Farid Kamil Tak Mahu
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ingin Selamatkan Keluarga. Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia..’ – Farid Kamil
Tidak rasa bersalah ke?
Menerusi laporan Harian Metro, Ahirine yang merupakan pelakon gandingan Farid untuk filem Rempit 2 itu didakwa sebagai punca Diana memfailkan cerai terhadap suaminya.
Ini mesti Ahirine yang menjadi punca perceraian. Tidak rasa bersalah ke menjadi perosak rumah tangga Diana? Saman saja Ahirine kerana dia menjadi orang ketiga dan punca pergolakan.
Malah, negara kita ada undang-undang membabitkan orang ketiga. Saman saja,” komen seorang pengguna media sosial.
Bukan itu sahaja, ada juga yang kurang senang apabila Ahirine memuat naik perkongsian bermesra dengan Farid yang juga berstatus sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata.
Semenjak Farid rapat dengan seorang perempuan dan sering berada di litar, sehinggakan baju pun dibantu zip oleh Farid.
Terdahulu, Diana dilaporkan membuat permohonan cerai pada awal bulan ini dengan memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana, bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sesi yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Isnin lalu.
Sumber: Harian Metro